YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Sunday 15 December 2013

Pertahan integriti sedia ada






BAGAN SERAI – Adun Alor Pongsu Datuk Sham Mat Sahat menggesa semua penduduk mempertahankan integriti yang sedia dan menolak dakyah yang dimainkan pembangkang.
Beliau berkata, kerajaan kini cukup prihatin kesusahan rakyat seumpama mendengar denyutan nadi mereka yang bermasalah.
Menurutnya, dalam keadaan harga barang yang naik kerajaan tetap memikirkan kesusahan rakyat dan berusaha menstabilkan keadaan.

“Ini termasuk memansuhkan yuran persekolahan anak selain memberi bantuan RM600 untuk seisi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan,Manakala bujang di beri RM250.
“ Di Kerian misalnya, wang bantuan persekolahan RM100 dalam bajet 2013 lalu kerajaan menyerahkan sebanyak RM4 juta kepada 40,000 pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam,” katanya pada Majlis Penyampaian Wang RM100 Bantuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau.

Kata Sham, selain itu, terdapat 17 bantuan lagi kepada pelajar termasuk daripada Kwam, Rancangan Makanan Tambahan dan lain-lain.
Menurut beliau, usaha kerajaan adalah meringankan beban rakyat selaras dengan kemajuan negara hari ini
.
“ Oleh itu, sebagai rakyat kita perlu mempertahankan integriti dan menolak dakyah pembangkang.
“Apa yang kita harapkan ialah generasi muda terus menyokong kita serta berfikiran global, kaya ilmu agar kepakaran dan pengetahuan mereka dapat memastikan masa depan Negara terjamin,” katanya.

No comments:

Post a Comment