YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Thursday 31 July 2014

Kotak Hitam Tunjuk Nahas Akibat Serpihan Roket



KIEV (Ukraine) - Kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine menunjukkan terdapat serpihan dari letupan roket yang menyebabkan nahas pesawat penumpang itu, kata seorang pegawai keselamatan Ukraine pada Isnin.

Penyiasat antarabangsa "menunjukkan bahawa data perakam penerbangan menunjukkan bahawa sebab bagi kemusnahan dan kemalangan pesawat itu apabila mengalami penyahmampatan letupan yang besar akibat letupan roket," kata jurucakap Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Andriy Lysenko.

Data dari kotak hitam pesawat itu dianalisa di Britain selepas ia diserahkan kepada pegawai Malaysia oleh pemberontak pro-Rusia yang mengawal lokasi nahas MH17.

Kumpulan penyiasat yang mengetuai siasatan di Belanda enggan untuk mengesahkan maklumat terbaharu dari Kiev, dengan menyatakan bahawa mereka "sedang menunggu gambarAN lebih lengkap tentang apa yang telah berlaku."

Kiev dan sekutu baratnya mendakwa kumpulan pemberontak yang menembak jatuh pesawat itu, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Wednesday 30 July 2014

Duta Palestin Ke Malaysia Sertai Misi Kemanusiaan Gaza



KUALA LUMPUR - Duta Palestin ke Malaysia ,Dr Anwar al-Agha akan turut bersama-sama menyertai misi bantuan kecemasan Gaza anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).
Pengerusi pertubuhan itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan di sidang media yang diadakan di ibu pejabat KP1M hari ini. Dr Anwar akan memainkan peranan sebagai fasilitator semasa misi dijalankan.
Dr. Anwar berkata beliau diminta oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk memberi sokongan kepada pasukan-pasukan yang menyertai misi bantuan dari Malaysia selepas Presiden Palestin itu berhubung dengan Perdana Menteri Malaysi baru-baru ini. Beliau yang berasal dari salah satu kawasan di Gaza yang diserang teruk tentera Israel turut mengakui telah kehilangan beberapa orang saudara mara akibat dari serangan itu.
Peserta misi bantuan Gaza kali ini akan dibekalkan dengan beberapa kelengkapan seperti vest keselamatan, jaket kalis peluru, topi dan kasut keselamatan . Walau bagaimanapun maklumat individu atau syarikat yang memberikan sumbangan ini dirahsiakan .
Peserta misi seramai 65 orang termasuk doktor pakar, sukarelawan dan petugas media juga di maklumkan menerima insuran takaful. 
Azeez berkata pihak KP1M mengutamakan keselamatan semua peserta misi yang hadir dan akan hanya memasuki Gaza apabila berlaku gencatan senjata.
Azeez dalam sidang media berkenaan juga berkata bilangan sukarelawan mungkin dikecilkan bergantung kepada jumlah kelulusan permit dari pihak Mesir. Selain itu tarikh pemergian ke Gaza juga bergantung kepada persetujuan gencatan senjata antara kedua-dua pihak.
Mengikut perancangan, kumpulan pertama misi bantuan ini akan bertolak ke Mesir pada 6 Ogos diikuti kumpulan ke dua pada 12 Ogos dan akan pulang ke tanahair pada 20 Ogos. Misi yang diketuai Azeez ini dikatakan akan turut disertai duta Malaysia di Mesir, Dato Ku Jaafar Ku Shaari.

Tuesday 29 July 2014

Aidilfitri Berdarah Di Selatan Thailand



NARATHIWAT  - Ketibaan 1 Syawal di selatan Thailand dicemari beberapa insiden keganasan yang meragut sekurang-kurang enam nyawa manakala lapan orang cedera.

Di Narathiwat, seorang anggota tentera dan tiga anggota puak pemisah maut dalam pertempuran.

Kejadian berlaku pada kira-kira 11 pagi semalam apabila puak pemisah menyerang seorang polis yang ketika itu dalam perjalanan pulang untuk berhari raya bersama keluarga di daerah Rusok, menurut Leftenan General Polis Suchat Tirasawat.

Anggota tentera yang tinggal berdekatan lokasi kejadian kemudian membantu anggota polis berkenaan, yang cedera ditembak, sehingga berlaku pertempuran sengit selama setengah jam, kata Suchat yang merupakan Timbalan Ketua Polis Wilayah Sempadan Selatan.

Seorang anggota tentera yang parah dalam pertempuran itu meninggal dunia di Hospital Rusok manakala anggota polis yang cedera dihantar ke hospital sama sebelum dipindah ke Hospital Pusat Yala.

Sementara itu, tiga anggota puak pemisah dari kumpulan yang dikenali sebagai Runda Kumpulan Kecil (RKK) mati ditembak di tempat kejadian.

Mereka dikenali sebagai Adullah Yunuh, Saffuan Saleh dan Abdulrafa Salehru yang bergerak aktif di kawasan Rusok dan pihak berkuasa ada mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka, kata Suchat.

Abdulrafa adalah menantu kepada Imam Yakpa, yang dikatakan mati didera oleh tentera pada 2006.

Sementara itu, di Takbai, seorang Penolong Ketua Kampong Mat-useng Haji Abubakar, 37, meninggal dunia di Hospital Takbai akibat kecederaan parah selepas di tembak di depan rumahnya.

Suchat berkata Mat-useng ditembak selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri oleh suspek yang menunggu di jalan berhadapan rumah mangsa.

Semalam, kira-kira sejam selepas umat Islam di Thailand diumum akan menyambut Aidilfitri hari ini, sebutir bom yang ditanam di tepi jalan diletupkan di Kampungg Kadunong dalam daerah Saiburi, Pattani.

Beliau berkata bom itu diaktifkan ketika anggota renjer melakukan rondaan dengan berjalan kaki.

Letupan bom itu menyebabkan seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut dan dua anggota renjer serta lima orang awam termasuk dua kanak-kanak cedera.

Hubungan Harmoni Rakyat Berbilang Kaum Prasyarat Hidup Aman - Raja Nazrin



IPOH  - Hubungan harmoni dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama di negara ini adalah prasyarat kepada kehidupan yang rukun dan aman, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah keamanan adalah satu nikmat yang perlu dipelihara, dipupuk dan terus disuburkan.

"Hari ini, keamanan dalam kalangan umat Islam di negara tertentu, tinggal dalam impian. Rakyat di Palestin terus menanggung derita akibat perbuatan kejam lagi zalim Israel," titah baginda dalam perutusan Aidilfitri.

Sultan Nazrin bertitah penderitaan yang ditanggung rakyat di bumi Palestin wajib mencetuskan rasa insaf dan mereka wajib diberi bantuan serta pertolongan.

"Ketika umat Islam di negara ini menghias rumah menjelang Aidilfitri, ramai umat di bumi Palestin tidak pasti sama ada mereka masih mempunyai rumah pada hari esok.

"Ketika umat Islam di negara ini membeli-belah pakaian baharu anak-anak untuk menyambut Syawal, ibu dan ayah di bumi Palestin tidak pasti sama ada anak mereka masih bernafas pada hari esok," titah baginda.

Monday 28 July 2014

Rumah Terbuka Dato sham Mat Sahat

















Selamat hari raya kepada semua,Terima kasih kerana datang ke rumah terbuka saya,Semoga kita kekal persaudaraan dan kekal persahabatan selamanya....Thanks semuanya....

Sunday 27 July 2014

Selamat hari raya


Saya Dato Sham Mat Sahat dan isteri serta keluarga ingin mengucapkan Selamat hari raya kepada semua yang mengenali saya serta keluarga,Maaf Zahir Batin.....

Saturday 26 July 2014

Program penyampaian sumbangan kepada 600 orang fakir miskin serta anak-anak yatim dan OKU di sekitar parlimen Bagan Serai














Hari ini Dato sham serta barisan umno bahagian parlimen bagan serai telah menjayakan program penyampaian sumbangan kepada 600 orang fakir miskin serta anak-anak yatim dan OKU di sekitar parlimen bagan serai.Sumbangan ini adalah untuk meringankan beban mereka serta dapat membantu mereka menyambut syawal yang kelak menjelma nanti.Terima kasih kepada mereka semua yang terlibat menjayakan program ini..

Friday 25 July 2014

2 Jet Pejuang Ukraine Ditembak Jatuh Berhampiran Lokasi MH17



KIEV  - Dua jet pejuang Ukraine ditembak jatuh berhampiran Savur Mogila, tidak jauh dari tempat di mana pesawat Penerbangan Malaysia terhempas minggu lalu.

Majlis Keselamatan Ukraine berkata jet tentera itu ditembak pada ketinggian 5,200 meter oleh peluru berpandu, yang menurut maklumat awal, dilancar dari Russia.

“Jet itu ditembak jatuh secara profesional. Tidak mungkin pengganas mempunyai kepakaran profesional sedemikian,” kata Andriy Lysenko, jurucakap majlis berkenaan, merujuk kepada pemberontak pro-Russia yang menentang pasukan keselamatan kerajaan di timur Ukraine.

Bagaimanapun pemberontak terbabit mengakui menembak jatuh jet pejuang itu. - Reuters

Thursday 24 July 2014

Jalanan mesra ramadhan (Bubur Lambok Komuniti)







Usahasama kerjasama antara KKBSE dan PPPKM yang memasak bubur lambuk komuniti semalam.Terima kasih kepada mereka yang terlibat menjayakankan program ini terutamanya Dato sham yang sudi merasmikan program ini.Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang terlibat....

Ziarah Kasih Ramadhan Pergerakan Wanita UMNO Bhgn Bagan Serai bersama KUB YB Dato' Sham Mat Sahat














 Ziarah Kasih Ramadhan Pergerakan Wanita UMNO Bhgn Bagan Serai bersama KUB YB Dato' Sham Mat Sahat.Terima kasih kepda mereka yang terlibat menjayakan program ini...

Wednesday 23 July 2014

Lawatan Ke Pasar Awam Bagan Serai meninjau harga barangan kawalan sempena perayaan bersama KPDNKK










 Lawatan Ke Pasar Awam Bagan Serai meninjau harga barangan kawalan sempena perayaan bersama KPDNKK, YB Dato' Sham Mat Sahat, Penghulu Mukim Bagan Serai, Persatuan Pengguna Kerian, Persatuan Penjaja Kerian.

Tuesday 22 July 2014

Selesai Jelajah Sentuhan Ramadhan 2014














Selesai Jelajah Sentuhan Ramadhan 2014.jutaan trima kasih kepada Dato' Sham Mat Sahat serta ketua-ketua sayap dan ahli jawatankuasa yang trlibat dan jayakn program ziarah+sumbangan+sahur ini dapat mnyemarakkn lg keindahan ramadhan.. kita jmpa lagi ramadhan tahun depan..

Monday 21 July 2014

Jelajah Kasih 21 Ramadhan 1435H Dun Gunong Semanggol













Hari ini gerakan umno bagan serai yang di ketui oleh DAto sham Mat sahat  mengadakan program jelajah kasih 21 ramadhan  1435 H di dun semanggol.Tahniah buat semua AJK 4 peringkat dalam menjayakan Ziarah Ramadan nur kasih ini amin...

Sunday 20 July 2014

KEMBARA RAMADHAN BAGAN SERAI













150715) Bagan Serai merupakan parlimen yang ke 17 dalam jelajah ini. Turut hadir bersama ialah Dato' Sham Mat Sahat selaku Adun Alor Pongsu. Program ini berjadual sekali dengan Majlis Sumbangan Aidilfitri, maka YBDato' Rusnah Kassim hanya dapat mengikuti sebahagian lawatan ziarah sebelum bergegas ke Pasaraya Aneka untuk program seterusnya. Aturcara lawatan diteruskan oleh Dr Azizah Johor selaku Naib Ketua Wanita UMNO Ng Perak. Tahniah semua..

Saturday 19 July 2014

Majlis penyampaian kunci rumah PPRT kepada En.Sadri Mat Noor di Kampung Parit Haji Taib










Hari ini Dato sham telah menyampaikan kunci rumah PPRT kepada En.Sadri Mat Noor di Kpg Pt Hj Taib semoga hari raya ini penuh bermakna kepada keluarga ini dengan rumah baru yang lebih selesa

Friday 18 July 2014

Malaysia Mahu Pasukan Siasatan Khas MH17 Diberi Akses Penuh



Sepang  - Kerajaan kini fokus bagi memastikan pasukan siasatan khas yang berlepas ke Kiev semalam diberikan akses sepenuhnya bagi melakukan siasatan di lokasi kejadian.
 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau sendiri akan berlepas ke Kiev hari ini agar akses di tempat kejadian diterima secepat mungkin
 
"Kita akan memastikan pasukan kita di Kiev dapat mengakses secara penuh di kawasan kejadian dan kita sedang berusaha ke arah itu.
 
"Saya sendiri akan ke Kiev hari ini, untuk memastikan kita dapat masuk ke kawasan kejadian secepat mungkin," katanya di Lobi Hotel Sama Sama di sini hari ini.
 
Beliau dijadual akan mengadakan perbincangan bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tengahari ini.
 
Sementara itu, beliau turut memberitahu, Kerajaan Malaysia masih belum menerima laporan rasmi mengenai status kotak hitam yang didakwa telah ditemui semalam.
 
"Ia masih berita yang belum dapat dipastikan, dan kita akan membuat pemeriksaan mengenai laporan mengenai kotak hitam tersebut," katanya.
 
Semalam, Pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan terhempas di sempadan Rusia.
 
Pesawat yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dikatakan ditembak menggunakan misil anti-pesawat darat ke udara oleh pihak yang tidak diketahui.

Ukraine Tersalah Tembak Pesawat, Pesawat MAS Disangka Pesawat Rusia?


KUALA LUMPUR  - Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.
 
Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.
 
IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.
 
Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.
 
“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters.
 
The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” menurut sumber berkenaan.
 
Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama.
 
Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang. Terkini, MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine dalam wilayah Tokirez.
 
Pesawat telah ditembak menggunakan "surface-to-air" missile, dengan menggunakan Buk missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali. MH17 kemudiannya dilaporkan terhempas di ladang jagung di kampung Hrabove, Tokirez, Ukraine.
 
Laluan udara yang sedang dilalui oleh MH17 sebenarnya adalah dalam kawasan zon perang dan beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan Ukraine telahpun mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja yang melintasi ruang udara mereka.