YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 30 July 2014

Duta Palestin Ke Malaysia Sertai Misi Kemanusiaan Gaza



KUALA LUMPUR - Duta Palestin ke Malaysia ,Dr Anwar al-Agha akan turut bersama-sama menyertai misi bantuan kecemasan Gaza anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).
Pengerusi pertubuhan itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan di sidang media yang diadakan di ibu pejabat KP1M hari ini. Dr Anwar akan memainkan peranan sebagai fasilitator semasa misi dijalankan.
Dr. Anwar berkata beliau diminta oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk memberi sokongan kepada pasukan-pasukan yang menyertai misi bantuan dari Malaysia selepas Presiden Palestin itu berhubung dengan Perdana Menteri Malaysi baru-baru ini. Beliau yang berasal dari salah satu kawasan di Gaza yang diserang teruk tentera Israel turut mengakui telah kehilangan beberapa orang saudara mara akibat dari serangan itu.
Peserta misi bantuan Gaza kali ini akan dibekalkan dengan beberapa kelengkapan seperti vest keselamatan, jaket kalis peluru, topi dan kasut keselamatan . Walau bagaimanapun maklumat individu atau syarikat yang memberikan sumbangan ini dirahsiakan .
Peserta misi seramai 65 orang termasuk doktor pakar, sukarelawan dan petugas media juga di maklumkan menerima insuran takaful. 
Azeez berkata pihak KP1M mengutamakan keselamatan semua peserta misi yang hadir dan akan hanya memasuki Gaza apabila berlaku gencatan senjata.
Azeez dalam sidang media berkenaan juga berkata bilangan sukarelawan mungkin dikecilkan bergantung kepada jumlah kelulusan permit dari pihak Mesir. Selain itu tarikh pemergian ke Gaza juga bergantung kepada persetujuan gencatan senjata antara kedua-dua pihak.
Mengikut perancangan, kumpulan pertama misi bantuan ini akan bertolak ke Mesir pada 6 Ogos diikuti kumpulan ke dua pada 12 Ogos dan akan pulang ke tanahair pada 20 Ogos. Misi yang diketuai Azeez ini dikatakan akan turut disertai duta Malaysia di Mesir, Dato Ku Jaafar Ku Shaari.

No comments:

Post a Comment