YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Saturday 5 July 2014

Sharifah Aini Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR - Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini disahkan meninggal dunia awal pagi ini di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat jangkitan paru-paru.

Allahyarhamah yang dikenali dengan panggilan mesra Kak Pah yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi tadi setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi pada Selasa lepas.

Kak Pah yang menghidap fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu telah mengadu sukar untuk bernafas pada Isnin lalu sebelum dibawa anaknya, Aliff Omar ke Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Sharifah Aini memulakan kerjaya seninya apabila menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam.

Kemenangan tersebut telah membuka peluang beliau sebagai seorang penyanyi profesional apabila mendapat tawaran sebagai salah seorang artis rakaman EMI

Beliau terus menempa kejayaan setelah diiktiraf The Malaysia Book of Records setelah berjaya menghasilkan 135 album di bawah syarikat rakaman itu.

Beliau menerima gelaran Biduanita Negara sekitar tahun 2006.

Hasil perkahwinan pertama beliau dengan Ali Bakar pada tahun 1981, Allahyarhamah dikurniakan seorang anak lelaki.

Beliau kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang ahli korporat bergelar Datuk akan tetapi bercerai pada tahun 1992,

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan selepas Zuhur.

No comments:

Post a Comment