YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 8 July 2014

Ramasamy Berlagak 'Samseng Politik'



PULAU PINANG  - Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy diselar kerana berlagak seperti 'samseng politik' ekoran tindakannya mengeluarkan kenyataan biadab dan tidak bertanggungjawab berkaitan isu 13 Mei 1969.

Ramasamy turut dikecam kerana mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mencabar supaya tragedi berdarah itu berulang semula sekali gus melanggar keharmonian dan kestabilan kaum di negara ini.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim berkata, pihaknya amat terkejut dengan kenyataan Ramasamy itu yang disifatkan rasis dan dianggap berniat mencetuskan huru-hara dan perbalahan antara kaum serta agama di negara ini.

"Kenyataan asal Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan peringatan am kepada semua rakyat terutama apabila ada segelintir pihak mengambil kesempatan mengutuk, menghina dan mencerca agama, bangsa dan negara.

"Tetapi Ramasamy cuba menjadi 'samseng politik' dengan mengeluarkan kenyataan itu yang tanpa berusaha memelihara keharmonian dan kedamaian antara kaum," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Rafizal, Pemuda UMNO negeri juga ingin menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng melihat semula kesesuaian Ramasamy untuk menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri II memandangkan kelibat beliau tidak banyak membantu rakyat negeri ini.

Jelasnya, Ramasamy seharusnya membantu Ketua Menteri untuk membawa masuk pelaburan ke negeri ini memandangkan pelaburan langsung asing (FDI) Pulau Pinang jatuh merudum semenjak DAP memerintah negeri ini.

"Mengikut angka yang dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), FDI negeri Pulau Pinang merudum sebanyak 83 peratus daripada RM10.45 bilion kepada RM1.79 bilion sahaja.

"Pemuda UMNO ingin menasihati Ramasamy membantu memikirkan bagaimana untuk membawa masuk pelaburan tambahan ke negeri ini daripada membuang masa beliau meminta Ketua Polis Negara meletak jawatan dan mencabar Kerajaan Persekutuan memulakan 13 Mei 1969," katanya.

No comments:

Post a Comment