YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Saturday 31 May 2014

Siew Keong : 'Terima Kasih Rakyat Teluk Intan'



TELUK INTAN - Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat di Teluk Intan kerana memberikan sokongan dan kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat mewakili kawasan tersebut.

Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada kesemua pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang telah banyak membantu memberi dorongan dan nasihat terhadapnya sepanjang tempoh berkempen PRK kali ini.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengundi di Teluk Intan yang telah memberi peluang kepada saya pada kali ini.

Saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dan juga Setiausaha Agung BN yang telah banyak memberi nasihat dan bimbingan dalam perjuangan kali ini,"katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Pengiraan Undi, di sini malam tadi.

Beliau turut berbangga dengan sokongan dan kerja keras kesemua jentera parti komponen dalam memastikan BN merampas kembali kerusi parlimen di sini.

"Sebenarnya, ini merupakan satu perkara yang saya banggakan kerana dengan kerjasama semua parti komponen BN pada kali ini sehingga kita dapat melakar kejayaan yang amat baik.

"Ini adalah satu titik permulaan buat saya dan parti Gerakan. Sekali saya katakan, saya bangga dengan kerjasama antara parti komponen UMNO, MCA dan banyak lagi sehingga kita berjaya dalam kempen kali ini. Terima kasih juga buat pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah bertungkus lumus tidak mengira waktu," katanya lagi.

BN berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan selepas calon mereka, Datuk Mah Siew Keong diumumkan menang dengan majoriti sebanyak 238 undi.

Datuk Mah Siew Keong yang juga merupakan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) memperolehi 20,157 undi menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang mendapat undian sebanyak 19,919.

Suasana sekitar PDM Kg. Banjar Telok Intan pada Pilihanraya Kecil P.76 Telok Intan










Friday 30 May 2014

Berkampung di PDM kampung banjar telok intan.








Hari ini merupakan malam terakhir kami berkempen,semoga esok bn akan memperolehi kemenangan,kami barisan umno bagan serai akan tetap menyokong calon kami untuk memastikan teluk intan menjadi milik barisan nasional....Hidup BN

Thursday 29 May 2014

AL-FATIHAH



Salam Takziah dari YB Sham untuk seluruh Rakyat Negeri Perak atas Kehilangan Sultan yang Berjiwa Rakyat... Al-fatihah..

Wednesday 28 May 2014

Takziah kepada keluarga arwah l/kpl azuan yang terkoban untuk menjaga keamanan negara



Kami barisan umno bagan serai mengucapkan takziah kepada keluarga arwah,semoga roh beliau di tempatkan bersama-sama orang beriman amin....

Tuesday 27 May 2014

Sumbangan kepada sekolah pondok di kemboja











Hari ini yb sham bersama gerakan umno bagan serai telah membuat lawatan dan sumbangan kepada sekolah pondok di kemboja,walaupun sumbangan kecil tapi amat bermakna untuk mereka semua.....

Monday 26 May 2014

Sunday 25 May 2014

BN Pastikan Orang Asli Terima Kemajuan,Pembangunan Yang Sama



TELUK INTAN  - Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memastikan nasib Orang Asli menikmati kemajuan dan pembangunan sama seperti penduduk lain di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Timbalan Perdana Menteri berkata, semua rakyat di negara ini mempunyai hak untuk mendapat pembelaan daripada kerajaan. 
"Sama ada mereka tinggal di bandar atau pedalaman, sama ada mereka Melayu, Cina, India, Orang Asli mahupun Bidayah dan Kadazan...mereka adalah rakyat Malaysia," katanya. 
Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin di Dewan Orang Asli Erong di sini hari ini.

Saturday 24 May 2014

Ceramah Kempen Dyana Tiada Sambutan



TELUK INTAN - Ceramah Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya dilihat hambar apabila dianggarkan hanya 50 orang sahaja menghadiri majlis ceramah tersebut.
Turut hadi Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamal Bahrin Raja Ahmad dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
alt
Dalam ucapannya ceramahnya, Dyana sempat merayu kepada hadirin yang hadir untuk mengundi beliau semasa hari pembuangan undi pada 31 Mei ini.
"Saya berharap hadirin bersama-sama dengan saya untuk berkempen supaya memberitahu kepada kawan-kawan dan keluarga untuk memenangkan saya ke Parlimen demi suara rakyat Teluk Intan. Saya disini demi untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Selebak Luar di sini, malam tadi.

Friday 23 May 2014

"Saya Tak Kenal Tunku Aziz"



TELUK INTAN  - Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud membuktikan beliau langsung tidak mengenali sejarah DAP berikutan  beliau tidak mengenali Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang telah membongkar segala tindak tanduk DAP selama ini.

Beliau berkata beliau tidak mengambil tahu hal Aziz memandangkan Aziz bukanlah di zaman beliau.

"Dia (Kit Siang) adalah orang yang terbaik untuk menjawab soalan tersebut kerana ia berlaku bukan pada zaman saya. Walaupun kamu (wartawan) bertanya kepada saya kerana ia bukan berlaku pada zaman saya, namun saya masih memberikan mikrofon kepada pihak (lain)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada pemberita berhubung Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dilihat merampas mikrofon ketika pemberita mengajukan soalan berkaitan Aziz baru-baru ini.

Pada 20 Mei lalu, seorang wartawan Astro Awani bertanyakan soalan kepada Dyana Sofya mengenai beberapa pemimpin Melayu DAP termasuk Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang bertindak keluar parti sebelum ini.

Lim Kit Siang yang menyedari bahawa Dyana tidak akan mampu menjawab soalan tersebut terus bertindak mengambil mikrofon dari calon DAP itu untuk menjawab bagi mempertahankannya.

Tunku Aziz sebelum ini pernah mendedahkan bagaimana  DAP menggunakan orang  melayu sebagai senjata strategik, untuk melemahkan kuasa dan secara sistematik, sebagai minoriti menguasai majoriti Melayu-Islam atas bumi yang asalnya milik dan ibu pertiwi orang Melayu.

Tunku Aziz juga pernah ditawarkan sebanyak RM50 ribu bagi mengunci mulut supaya tidak mendedahkan dalaman parti DAP apabila beliau bertindak keluar daripada DAP.

Thursday 22 May 2014

BN Tidak Pernah Takut Dengan DAP



TELUK INTAN  - Barisan Nasional (BN) menyatakan tidak berasa gentar berhadapan dengan calon DAP, Dya Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kali ini.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengundi akan membuat penilaian dengan teliti dan memilih calon yang terbaik untuk mewakili Parlimen mereka.

"Tiada soal takut kerana BN sudah biasa bertanding pada pilihan raya. Saya tidak rasa tergugat malah kita tidak akan mengambil mudah kerana pada pilihan raya kali ini kita akan hadapi pelbagai cabaran. Dan perkara paling penting adalah untuk bertemu dengan semua pengundi dan menjelaskan mengenai perkara berbangkit.

"Biasanya pengundi akan membuat satu penilitian terlebih dahulu terhadap calon dan parti yang bakal dipilih. Kalau di ambil kira, calon kita merupakan orang tempatan dimana lebih mengenali selok belok Teluk Intan dan beliau juga memiliki pengalaman yang begitu luas disamping merupakan Presiden Parti Gerakan," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra di Dewan Orang Asli Erong, hari ini.

Pada sidang media sama, Muhyiddin turut mengulas mengenai tindakan pembangkang mengharamkan berkempen mengenai isu hudud jelas menampakkan percanggahan ideologi antara parti komponen Pakatan Rakyat.

"Masalah adalah daripada kalangan mereka sendiri dimana terdapat pengcanggahan pendapat antara PAS dan DAP. Mereka perlu menjelaskan perkara tersebut. Wakil kita juga telah berkata jangan mengelirukan para pengundi," katanya.

Tambah beliau, tindakan DAP meletakkan calon Melayu disifatkan sebagai licik bagi mengaburi pengundi yang akan melihat seperti parti tersebut kini sudah bertukar imej.

"Mungkin pemimpin DAP sudah mengambil pertimbangan dia hendak menguji dan mengambil kesempatan dalam pilihan raya kali ini bagi menunjukkan bahawa DAP sudah berubah sedangkan masyarakat tahu bahawa DAP merupakan parti yang bersikap ekstrem.

"Bagi saya perkara penting adalah pengundi boleh membuat penilaian sendiri," katanya lagi.

Wednesday 21 May 2014

DEMI KUASA PAS SANGGUP MALUKAN DIRI SENDIRI...


Siapa yang tolak hudud nie sebenarnya..? patut la PAS dengan rela minta ditangguhkan untuk dibentang dalam parlimen...

dulu lain sekarang lain.. kecelakaan apakah yang telah melanda dalam pas sekarang ini..?

Tuesday 20 May 2014

Tun Mahathir : Calon Melayu hanya hiasan luaran DAP.



Tindakan DAP meletakkan calon Melayu pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan tindakan 'hiasan luaran' parti itu bagi mengaburi mata orang Melayu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, tidak mustahil ramai orang Melayu akan menyokong calon DAP itu kerana sejarah membuktikan orang Melayu pernah tertipu dengan tindakan seperti itu.

"Tindakan itu hanya hiasan luaran sahaja tiada harapan apa-apa (diletakkan kepada calon itu), kalau dia (calon itu) menang dia menanglah," katanya ketika ditemui pemberita di Melaka, hari ini.

Terdahulu, beliau berucap pada program Chancellor's Talk di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calonnya menentang calon Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Dr Mahathir turut meluahkan kekecewaan apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama.

"Kalau datang daripada keluarga pembangkang tidak jadi apa pasal sejak kecil diajar benci Umno. Kalau anak orang Umno depa tak cakap kat anak depa pasal apa Umno ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah nak buat apa sahaja," katanya.



Monday 19 May 2014

Majlis sumbangan Jasamu Dikenang khas untuk belas2 JKKK Changkat Lobak










Majlis sumbangan Jasamu Dikenang khas untuk ahli JKKK Changkat Lobak En Zainal Bin Salleh dan Hj Ismail Bin Mat Zain yang banyak berjasa dan berkhidmat yang di sempurnakan oleh yb sham adun alor pongsu.Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini....

Mah Siew Keong calon BN yg berwibawa. Undilah Barisan Nasionl P.076 Teluk Intan



Calon BN PRK Parlimen P076 Teluk Intan : 
#Berpengalaman#Berjasa #Berwibawa
Nama : Dato' Mah Siew Kiong
Umur : 53 tahun
Status : Berkeluarga
Tempat Lahir : Teluk Intan
#Kelulusan:
BSc London School of Economics 1981.
MBA City Uni London 1982.
LLB Uni of East London 1991.
#Jawatan dlm Parti:
Presiden Parti GERAKAN sejak Okt 2013.
Pernah jadi CWC, Ketua Pemuda, Naib Presiden & SU Agong Parti GERAKAN.
Ketua Bhg GERAKAN Teluk Intan sejak 2003.
#Pengalaman sbg Wakil Rakyat:
ADUN Pasir Berdamar 1995.
MP Teluk Intan 1999-2008.
#Pengalaman dlm Kabinet:
Timb Menteri MITI 2004-06.
Timb Menteri MOA 2006-08.


Sunday 18 May 2014

Manikavasagam : 'Khalid Nak Saman, Saya Tiada Masalah'



PETALING JAYA 16 Mei - Calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor S Manikavasagam hari ini dilihat memutar belit kenyataannya sebelum ini dengan menafikan beliau pernah menyebut nama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai individu memberi rasuah sebaliknya pegawai menteri besar  yang terlibat dalam rasuah.

Manikavasagam berkata, beliau tiada masalah jika Khalid mahu menyamannya dan mendakwa ketika pengundian sedang berjalan pada Ahad lalu, jentera kerajaan negeri termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin juga berada dalam pusat mengundi.

"Saya tak tuduh Khalid beri rasuah, boleh lihat video saya.

"Khalid nak saman, saya tiada masalah. Kami akan tetap bertanding dan tidak akan berundur. Kami akan memberikan saingan yang sengit,"  katanya yang tidak berpuas hati dengan Lembaga Displin PKR  ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR disini hari ini.
alt

Dalam pada itu, Manikavasagam hari ini telah hadir ke pejabat PKR bagi membuat rayuan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bagi mempertimbangkan semula pergantungannya  daripada bertanding.

Jelas beliau, hukuman yang diterima itu tidak adil dan meminta JPP menilai semula serta memberi peluang kepada beliau untuk terus bertanding Ketua cabang untuk menentang Khalid Ibrahim.

"Ini demokrasi, jangan gantung dan benarkan saya bertanding.

"Tak perlu takut dengan (kenyataan) media kerana Chegubard dan Khalid pun pergi kepada media," katanya.

Pada 14 Mei lalu, Lembaga Displin PKR telah menggantung lapan ahli PKR termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Mustapha Mohd Talib selepas didapati melanggar tatatertib semasa pemilihan parti.

Mustapha digantung serta merta kerana didakwa membuat ugutan melalui perbualan telefon terhadap pembantu khas penyelaras DUN Bukit Melawati untuk menamatkan khidmat Manikavasagam sebagai penyelaras DUN itu.

Manakala Manikavasagam juga digantung serta merta dari PKR kerana mendakwa Khalid terlibat dalam politik wang dan mendedahkannya kepada media yang disiarkan dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, selain akhbar Utusan Malaysia pada keesokan hari.

Saturday 17 May 2014

Mah Siew Keong Lawan Dyana Sofya Di Teluk Intan



KUALA LUMPUR 17 Mei - Barisan Nasional (BN) menamakan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan menentang Dyana Sofya dari DAP.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Marilah semua warga BN berkerjasama bagi memastikan kejayaan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

PRK Teluk Intan dianjurkan selepas ematian penyandang Ahli Parlimennya Seah Leong Peng akibat kanser penghujung April lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Leong Peng menewaskan Siew Keong dan seorang lagi calon bebas dengan majoriti 7,137 undi.

Majlis Ulang Tahun Umno yg ke 68thn...hidup Umno..










Majlis Bacaan Doa Selamat sempena hari ulangtahun umno. Turut hadir ahli parlimen Bagan Serai Yb Dr. Azmi, Dato Sham Adun Alor Pongsu merangkap Ketua Bahagian Bagan Serai, Ajk2, Ketua2 Cawangan, Ketua2 wanita, pemuda dan puteri serta ahli2 umno seluruh parlimen bagan serai.


Friday 16 May 2014

APA AGENDA MP BAGAN SERAI BERSAMA ADUN PAS???









Seperti yang admin cakap buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali,kerana mulut badan binasa,kalau nak buat program sekali tak pe,tapi panggilah ketua bahagian umno,tak nampak pun dato sham mat sahat,ini program bersama ke atau nak jatuhkan umno bagan serai,admin tak nak cakap apa?tepuk dada tanya selera la........

APA AGENDA MP BAGAN SERAI BERSAMA ADUN PAS DALAM PROGRAM-PROGRAM ANJURAN BELIAU. INI AGENDA UTK MENGUKUHKAN PEMBANGKANG DAN MENJATUHKAN BN DALAM PRU14 KE???PM DAN MB PERAK SILA BUAT TINJAUN SEGERA,SAYA BERCAKAP SEBAB SAYA SAYANGKAN UMNO YE,SEBELUM TERLAMBAT PERIKSA DULU YE,JANGAN SAMPAI NASI JADI BUBUR SUDAH.......

MBM Terima Insentif RM1.5 Juta Tubuh Sekretariat Komuniti Asean



PUTRAJAYA - Peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk melaksanakan perancangan penubuhan sekretariat Komuniti Asean.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, insentif tambahan itu adalah untuk persediaan perancangan tersebut dan akan disalurkan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi melaksanakan segala perancangan sedia ada dan akan datang.

"Usaha ini juga selari dengan penubuhan Gagasan Komuniti Asean yang akan dilaksana pada 2015.

"Saya difahamkan MBM akan memainkan peranan lebih aktif dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk merapatkan hubungan sesama generasi belia di Asean," katanya semasa melancarkan Sambutan Hari Belia Negara 2014, di sini hari ini.

Tambah Najib, beliau berharap penubuhan Komuniti Asean itu dapat memantapkan generasi muda negara ini berperanan Asean serta global.
alt

Jelas Perdana Menteri, beliau turut menggariskan enam kriteria asas dalam usaha mempersiapsiaga generasi belia pada masa depan, diantaranya ialah keilmuan dan kemahiran kerana kekayaan kini turut bergantung kepada 'bahan mentah' berupa idea, kreativiti dan inovasi.

"Kita juga memerlukan belia yang mempunyai budaya keusahawanan kerana ia amat penting dalam membangun dan menjana kekayaan negara.

"Belia juga perlu berupaya untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dalam fahaman liberal atau pluralisme," katanya.

Dalam pada itu, Najib turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara 2014 kategori lelaki kepada Jufitri Joha dari Negeri Sembilan iaitu pengasas dan penggerak projek pembangunan belia dan kesukarelaan seperti Group Alam Sekitar dan Young Interfaith Group of ABIM.

Bagi kategori wanita pula dimenangi oleh Wan Adilah Wan Awang dari Terengganu yang merupakan usahawan yang banyak membantu melahirkan usahawan lain dalam bidang perikanan.

Kedua-dua pemenang menerima wang tunai RM20,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Persatuan Belia Tenggaroh 2 pula memenangi kategori Pertubuhan Belia dengan membawa pulang wang tunai RM50,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Thursday 15 May 2014

Ahmad Said Sertai Semula UMNO



PUTRAJAYA  - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyertai semula UMNO setelah kesal dengan krisis yang berlaku melibatkan politik di Terengganu.

Perkara itu disahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Tengku Putera yang mengetuai 14 ADUN Terengganu itu berkata, perkara itu telah dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini.

Rombongan yang diketuai Menteri Besar baharu Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker DUN negeri, Mohd Zubir Embong.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pengasas PAS Bukit Gelugor Ajak Pengundi Tolak DAP



GEORGETOWN - Pencalonan Ramkarpal Singh Deo pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor dilihat ditentang oleh rakan parti Pakatan Rakyatnya sendiri ekoran Pengasas PAS kawasan tersebut Haji Abdul Aziz tidak sebulu dengan perjuangan DAP.

Abdul Aziz yang ditemui baru-baru ini mengajak penyokong dan ahli PAS Bukit Gelugor untuk bersama-sama menolak Ramkarpal dan memberikan undi kepada calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar pada PRK tersebut.

Mohamed Nabi Bux merupakan ahli PAS yang bertanding sebagai tiket bebas optimis dengan manifestonya memperjuangkan hukum hudud di Pulau Pinang.

PRK Bukit Gelugor ditetapkan pada 25 Mei ini dan pengundian awal bakal berlangsung pada 21 Mei.

Dua lagi calon yang bertanding pada PRK tersebut adalah Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan Abu Backer Siden Mohamed Zan yang bertanding di atas tiket Bebas.

Wednesday 14 May 2014

SPR Masuk Campur Jika Benar DUN Terengganu Bubar


KUALA LUMPUR 13 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pihaknya hanya boleh masuk campur dalam krisis politik di Terengganu jika ada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja.
Pengerusinya, Tan Sri Aziz Yusof berkata segala isu berbangkit mengenai pergolakan politik negeri itu berada dalam tangan pemimpin parti yang berkenaan. 
“Ia terpulang kepada rundingan parti politik. SPR tiada ruang di sini. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi. SPR akan campur tangan jika ada pembubaran DUN,” katanya dipetik daripada sebuah portal berita.
Barisan Nasional (BN) sehingga berita ini ditulis bukan lagi menjadi parti majoriti di Terengganu selepas tiga ADUN parti itu mengumumkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.
ADUN Bukit Besi, Roslee Daud melakar sejarah menjadikan Pakatan Rakyat (PR) kini parti majoriti di Terengganu dengan 15 kerusi berbanding BN yang hanya tinggal 14 kerusi daripada keseluruhan 32 kerusi DUN.
Malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal bersama ADUN Ajil, Ghazali Taib turut mengumumkan keluar Umno dan menjadi ADUN bebas.
Abdul Aziz berkata, bagi mengelakkan pilihan raya negeri diadakan semula, ADUN kedua-dua parti boleh bertemu dan mengadakan rundingan.
Katanya, ini kerana pembubaran DUN hanya dapat dilakukan jika mendapat perkenan sultan. 
“Mungkin mereka berjumpa dan berunding. Itu hal parti masing-masing. Itu pun kalau sultan setuju untuk dibubarkan. Ini masih di peringkat awal.  
“Sultan sahaja yang berhak membubarkan DUN,” katanya.
Ahmad semalam sah meletakkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas BN menang tipis pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tuesday 13 May 2014

UMNO Boleh Kekal Perintah Terengganu



KUALA TERENGGANU 13 Mei - Krisis politik Terengganu melibatkan UMNO boleh diselamatkan sekiranya tiga bekas ADUN UMNO yang bertindak keluar parti menisytiharkan diri mereka masih menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman Mohd Fauzi Mat Adam berkata, ianya merupakan langkah penyelesaian yang baik bagi memastikan UMNO kekal memerintah Terengganu sekiranya tiada usul tidak percaya timbul yang disokong majoriti ahli dewan.

"Kepimpinan UMNO pusat masih mempunyai ruang untuk mencari jalan penyelesaian. Keadaan ini juga kerana ketiga-tiga ADUN UMNO yng mengisytiharkan menjadi ADUN Bebas tidak menyatakan sokongan kepada PAS.

"Dan jika kena dengan caranya, ketiga-tiga mereka juga boleh mengisytiharkan mereka 'ADUN Bebas yang menyokong UMNO' sekaligus menyelamatkan UMNO di Terengganu," kataya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Tambah beliau, UMNO juga masih mempunyai peluang untuk menarik balik ketiga-tiga ADUN Bebas dan diserap kembali ke dalam parti sebelum terjadinya 'kemusnahan dasyat' pada parti di negeri tersebut.

"Dari segi dokumentasi dan prosedurnya, surat asal perletakan jawatan politik dari ketiga-tiga ADUN UMNO masih belum diterima Setiausaha (Agung) atau Presiden parti dan tiada apa-apa penerimaan atau persetujuan parti atas perletakan jawatan tersebut.

"Maka, ini membuka ruang untuk segala perbincangan dan mencari jalan penyelesaian serta menuntut kebijaksanaan Presiden parti menyelesaikannya," katanya lagi.

Beranikah Ahmad Said Bersumpah Menafikan Beliau Ada Perjanjian Dengan PM?



RBFONLINE : Pada PRU tahun 1999 Pas berjaya menawan Terengganu daripada BN yang ketika itu dibawah kepimpinan Tan Sri Wan Mokhtar dengan hanya meninggalkan 4 kerusi sahaja BN. Pas pula menguasai 28 kerusi. 
 
Idris Jusoh telah dipilih mengetuai BN Terengganu untuk menghadapi PRU 2004. Hasil kerja keras Idris termasuklah melalui program bersirinya yang diberi nama Gelombang Biru, akhirnya keputusan PRU 2004 menyaksikan keputusan yang terbalik. BN pula menang 28 kerusi dan Pas tinggal 4 kerusi sahaja. 
 
Idris dilantik sebagai MB Terengganu dan juga mengetuai BN negeri berkenaan. PRU 2008 datang dan kita semua menyaksikan bagaimana satu gelombang datang membadai BN hingga menyebabkan empat negeri melayang, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Tetapi Terengganu yang menjadi lubuk Pas sejak azali masih utuh di tangan BN. Pas hanya berjaya menambah 4 kerusi sahaja menjadikan ianya 8 kerusi dan BN 24 kerusi. Satu kemenangan yang masih selesa disaat badai yang teruk melanda BN di seluruh negara. 
 
Idris Jusoh tidak dipilih semula sebagai MB dan digantikan dengan Ahmad Said dalam keadaan penuh konstrovesi. Idris menerima dengan redha takdir yang menimpa dirinya. Beliau tidak merajuk, meragam atau jauh sama sekali untuk mengumumkan keluar parti. Idris meninggalkan kedudukan kerajaan negeri yang selesa kepada Ahmad Said.
 
Selepas itu kita dengar macam-macam cerita yang keluar bagaimana kem Ahmad Said 'membunuh' orang-orang Idris Jusoh. Salah seorang orang pro Ahmad Said yang banyak memainkan peranan pergaduhan atau adu domba adalah Ketua Umno Bahagian Dungun, Rosli Mat Hassan atau lebih dikenali sebagai Pok Li Bobok. 
 
Daripada tahun 2008 hinggalah kepada ke saat-saat DUN Terengganu dibubarkan untuk PRU 2013, pergaduhan antara kem tersebut tak habis-habis. Kemudian apabila masuk pula bab senarai calon-calon yang bertanding, perbalahan memasuki fasa baru pula apabila orang-orang Idris Jusoh kebanyakkannya tidak disenaraikan sebagai calon. Manakala Pok Li Bobok yang tidak dipilih sebagai calon pada tahun 2008 telah disenaraikan semula sebagai calon Parlimen Dungun 2013. Keputusannya menyaksikan dia kalah dan BN kehilangan satu parlimen yang mereka pegang 2008. 
 
Daripada hari penamaan calon hingga ke hari pengundian BN Terengganu terus berpecah belah dan bertikam sesama sendiri. Perkara ini membuatkan rakyat Terengganu muak dan mual. Akhirnya apabila keluar keputusan PRU 2013 menyaksikan BN hanya menang nyawa-nyawa ikan. Daripada 24 kerusi tinggal 17 kerusi. Tak pasal-pasal Pas berjaya tambah 6 kerusi dan PKR 1 kerusi. Rakyat Terengganu bukannya sukakan Pas, tetapi mereka bosan kerana Ahmad Said sebagai seorang ketua yang mentadbir negeri gagal menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan baik sehingga BN bertikam sesama sendiri. Sebab itulah mereka pilih Pas. 
 
Sebagai PM , Presiden Umno, dan Pengerusi BN, Datuk Najib harus memandang serius perkara ini. Beliau pun tentu muak kerana peluang demi peluang diberikan kepada Ahmad Said untuk menyelesaikan pergolakkan dalaman Umno Terengganu. Tetapi ianya gagal diselesaikan. Kalau dia tak boleh selesaikan maka Datuk Najib kena selesaikanlah. Jika tidak diselesaikan dan keadaan berterusan begitu maka jawabnya PRU akan datang Terengganu akan hanyut sekali lagi. Jika Datuk Najib tidak bertindak memperbetulkan keadaan orang kata Najib lemah, Najib lembik, Najib gagal dan macam-macam tuduhan lagi. Bila Najib tunjuk taring dan bertindak tegas orang kata pula Najib menghuru harakan keadaan, Najib tidak cekap dan macam-macam lagi. 
 
Sebagai PM kesabaran Najib pun ada hadnya apabila asyik diugut Ahmad Said. Selepas PRU 2013 pun apabila Najib enggan melantik dia sebagai MB, dia dah ugut untuk keluar parti dan bawa orang-orang dia keluar parti dan seterusnya runtuhlah Kerajaan BN Terengganu. Kemudian capai persetujuan untuk pegang jawatan selama setahun. Apabila sampai masa yang dijanjikan dia berdolak dalik lagi dan ugut mengugut lagi. Kalau saya sebagai PM pun saya akan bertindak tegas jika asyik ugut mengugut sahaja. 
 
Sekarang kita boleh lihatlah wajah sebenar Ahmad Said. Kita boleh lihatlah bagaimana dia punya gila kuasa. Dia telah gagal menjalankan tugasnya menyatupadukan ahli-ahli Umno di negeri yang dia ketuai walaupun peluang demi peluang diberikan , kemudian nak kekal sebagai MB dan Pengerusi Umno dan BN negeri. Kemudian lagi nak ugut-ugut PM pula. 
 
Anda lihatlah surat perletakan jawatan beliau semalam. Surat itu pun surat ugutan juga. Surat itu tidak dihantar kepada Umno Pusat. Sebaliknya dihantar kepada Astro Awani. Sampai saat ini pun Umno Pusat masih belum menerimanya. Kemudian tidak dinyatakan pendiriannya sebagai Adun Bebas samada pro Pas atau BN. Itu semua ugutan. Dia mengharap Najib akan ketar lutut dan akan hantar orang memujuknya atau Najib menukar balik keputusan. 
 
Saya punya pendirian dalam hal ini saya menyokong keputusan Datuk Najib. Satu keputusan yang berani dan tegas. Dan kepada Ahmad Said pula, lembu berpegang kepada tali manusia berpegang kepada janji. Datuk dah janji dengan PM dan dah tandatangan surat perjanjian untuk pegang jawatan MB selama setahun, maka Datuk patutlah pada janji tersebut. Sekarang jangan pula Datuk berdolak dalik atau Datuk cuba nak kata tiada perjanjian. 
 
Jika pemain-pemain bola pasukan T Team diminta bersumpah dengan Quran untuk membuktikan mereka bercakap benar, sekarang berani atau tidak Datuk pula bersumpah dengan Quran menafikan Datuk ada tandatangan perjanjian dengan PM untuk pegang jawatan MB selama setahun ? 
 
Janganlah pula jadikan majlis pernikahan anak sebagai alasan. Datuk dah tahu tempoh setahun tersebut bila tamat, kenapa pula Datuk pilih majlis pernikahan anak hampir dengan tarikh Datuk tamat jawatan sebagai MB ? 

Monday 12 May 2014

Sukaneka dan sambutan Hari Ibu,










Sukaneka dan sambutan Hari Ibu," ibu dihati,syurga menanti" anjuran bersama Jiranita ,KRT dan Tadika perpaduan Taman Serai Perdana dan Ribuan terima kasih kpd Y/B Dato' Sham Mat Sahat sudi merasmikan program ini dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.....

Sunday 11 May 2014

Melawat sahabat lama dalam politik saudara dato Zaili cha bekas adun selinsing yang sakit menghidapi masalah buah pinggang










Hari ini yb sham serta pengerakkan umno bagan serai Melawat sahabat lama dalam politik saudara dato Zaili cha bekas adun selinsing yang sakit menghidapi masalah buah pinggang,kami mendoakan beliau agar tabah dan sihat selalu.........