YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 13 May 2014

UMNO Boleh Kekal Perintah Terengganu



KUALA TERENGGANU 13 Mei - Krisis politik Terengganu melibatkan UMNO boleh diselamatkan sekiranya tiga bekas ADUN UMNO yang bertindak keluar parti menisytiharkan diri mereka masih menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman Mohd Fauzi Mat Adam berkata, ianya merupakan langkah penyelesaian yang baik bagi memastikan UMNO kekal memerintah Terengganu sekiranya tiada usul tidak percaya timbul yang disokong majoriti ahli dewan.

"Kepimpinan UMNO pusat masih mempunyai ruang untuk mencari jalan penyelesaian. Keadaan ini juga kerana ketiga-tiga ADUN UMNO yng mengisytiharkan menjadi ADUN Bebas tidak menyatakan sokongan kepada PAS.

"Dan jika kena dengan caranya, ketiga-tiga mereka juga boleh mengisytiharkan mereka 'ADUN Bebas yang menyokong UMNO' sekaligus menyelamatkan UMNO di Terengganu," kataya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Tambah beliau, UMNO juga masih mempunyai peluang untuk menarik balik ketiga-tiga ADUN Bebas dan diserap kembali ke dalam parti sebelum terjadinya 'kemusnahan dasyat' pada parti di negeri tersebut.

"Dari segi dokumentasi dan prosedurnya, surat asal perletakan jawatan politik dari ketiga-tiga ADUN UMNO masih belum diterima Setiausaha (Agung) atau Presiden parti dan tiada apa-apa penerimaan atau persetujuan parti atas perletakan jawatan tersebut.

"Maka, ini membuka ruang untuk segala perbincangan dan mencari jalan penyelesaian serta menuntut kebijaksanaan Presiden parti menyelesaikannya," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment