YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 16 May 2014

MBM Terima Insentif RM1.5 Juta Tubuh Sekretariat Komuniti Asean



PUTRAJAYA - Peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk melaksanakan perancangan penubuhan sekretariat Komuniti Asean.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, insentif tambahan itu adalah untuk persediaan perancangan tersebut dan akan disalurkan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi melaksanakan segala perancangan sedia ada dan akan datang.

"Usaha ini juga selari dengan penubuhan Gagasan Komuniti Asean yang akan dilaksana pada 2015.

"Saya difahamkan MBM akan memainkan peranan lebih aktif dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk merapatkan hubungan sesama generasi belia di Asean," katanya semasa melancarkan Sambutan Hari Belia Negara 2014, di sini hari ini.

Tambah Najib, beliau berharap penubuhan Komuniti Asean itu dapat memantapkan generasi muda negara ini berperanan Asean serta global.
alt

Jelas Perdana Menteri, beliau turut menggariskan enam kriteria asas dalam usaha mempersiapsiaga generasi belia pada masa depan, diantaranya ialah keilmuan dan kemahiran kerana kekayaan kini turut bergantung kepada 'bahan mentah' berupa idea, kreativiti dan inovasi.

"Kita juga memerlukan belia yang mempunyai budaya keusahawanan kerana ia amat penting dalam membangun dan menjana kekayaan negara.

"Belia juga perlu berupaya untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dalam fahaman liberal atau pluralisme," katanya.

Dalam pada itu, Najib turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara 2014 kategori lelaki kepada Jufitri Joha dari Negeri Sembilan iaitu pengasas dan penggerak projek pembangunan belia dan kesukarelaan seperti Group Alam Sekitar dan Young Interfaith Group of ABIM.

Bagi kategori wanita pula dimenangi oleh Wan Adilah Wan Awang dari Terengganu yang merupakan usahawan yang banyak membantu melahirkan usahawan lain dalam bidang perikanan.

Kedua-dua pemenang menerima wang tunai RM20,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Persatuan Belia Tenggaroh 2 pula memenangi kategori Pertubuhan Belia dengan membawa pulang wang tunai RM50,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

No comments:

Post a Comment