YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Sunday 22 December 2013

Masih tidak endah larangan

Majlis keagamaan bukan Islam yang menggunakan kalimah Allah pada tulisan latar belakang pentas dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Klang, semalam.

KLANG. - Larangan penggunaan kalimah Allah kepada penganut bukan Islam dilihat seolah-olah masih tidak diendahkan oleh pihak tertentu apabila sebuah badan keagamaan bukan Islam dikesan menggunakan kalimah itu dalam penganjuran majlis keagamaan mereka di sebuah hotel di sini hari ini.

Dalam majlis tertutup yang dihadiri kira-kira 200 orang itu, penganjur meletakkan kalimah tersebut pada latar belakang pentas di dalam sebuah dewan hotel berkenaan yang tertera dengan perkataan International Full Gospel Fellowship Keluarga Allah Satelit Nilai dan Satelit Puchong, 'Dari dalam gelap akan terbit terang'.
Bagaimanapun tinjauan ke atas hotel berkenaan, mendapati penganjur meletakkan notis berbeza di luar dewan berkenaan yang tertera sebagai satu sambutan perayaan anjuran sebuah pertubuhan agama yang mewakili masyarakat bukan Islam di Selangor dan Nilai.

Selain ucapan, majlis keagamaan itu yang berlangsung kira-kira pukul 1 petang hingga 6 petang difahamkan turut diselitkan dengan nyanyian-nyanyian berunsurkan memuji agama bukan Islam termasuk menyebut kalimah Allah di dalam liriknya.

Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bagi negeri Selangor adalah dilarang selaras dengan peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, yang digubal selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan bertujuan menjamin kesucian agama dan umat Islam daripada dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain.

Malah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi satu titah khas yang dikemukakan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais pada 14 November lalu menitahkan semua rakyat khasnya di Selangor tanpa mengira kaum serta latar belakang agama supaya akur dan patuh terhadap larangan pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Dalam kenyataan khas itu, baginda mahu semua rakyat mematuhi larangan tersebut seperti yang telah tertakluk di bawah Seksyen 9, Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
Menurut baginda, enakmen tersebut adalah terpakai kepada semua rakyat Selangor sama ada mereka beragama Islam atau bukan Islam.




No comments:

Post a Comment