YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Thursday 5 December 2013

Perhimpunan UMNO Sambung Ucapan Dasar Presiden

Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang masuk hari kedua hari ini diteruskan dengan sambungan sesi perbahasan usul ucapan dasar oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.
paud2Semalam, Perdana Menteri merasmikan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-64.
Tujuh pembahas dijadual membentangkan hujah masing-masing termasuk wakil Pergerakan Wanita, Puteri dan Mahasiswa Nasional, yang buat julung kalinya diberi peluang berbahas, bermula pukul 8.30 pagi tadi.
Sesi perbahasan akan disusuli dengan pembentangan usul ekonomi serta agama dan pendidikan. Dua usul itu dijadual dibahaskan 19 wakil negeri-negeri dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri.
Perhimpunan itu bermula dengan perasmian serentak persidangan tiga sayap Umno iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, pada Selasa malam. 

No comments:

Post a Comment