YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Sunday 15 December 2013

Pengamal Syiah dikesan di utara Perak - JAIPk






IPOH 15 Dis. - Kawasan utara Perak khususnya Taiping, Kamunting dan Bagan Serai dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi pengamal Syiah di negeri ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, pihaknya berjaya mengenal pasti pengamal Syiah di kawasan tersebut setelah mereka membuat akuan bersumpah telah mengamalkan fahaman tersebut beberapa bulan lepas.

"Dalam isu menangani ajaran Syiah ini, JAIPk lebih ke hadapan apabila bertindak segera dengan menangkap enam orang pengamal fahaman tersebut di kawasan utara Perak pada Ogos dan September lalu.
"Kesemua yang ditangkap telah pun didakwa di mahkamah dan kes tersebut masih berjalan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Memetik laporan Mingguan Malaysia hari ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenal pasti kira-kira 1,500 pengamal fahaman Syiah di seluruh negara dengan yang paling aktif ialah di Selangor, Perak dan Johor.

Mohd. Yusop berkata, pihaknya sedang membuat pemantauan di seluruh negeri ini bagi mengesan pengamal ajaran Syiah dan akan terus mengambil tindakan sekiranya mendapat maklumat.
Menurut beliau, pihaknya tidak mempunyai statistik bilangan pengamal Syiah di negeri ini dan tidak tahu bagaimana Jakim boleh mengenal pasti terdapat 1,500 pengikut ajaran tersebut di negara ini.

"Pengikut fahaman Syiah ini sukar dikesan kerana mereka suka bertaqiyyah atau berpura-pura sehingga kita tidak dapat mengesan amalan mereka ini. Mereka juga tidak ada pertubuhan berdaftar.
"Kita pun tidak tahu di mana pusat mereka ini berkumpul. Kita dapat tangkap enam orang sebelum ini pun kerana mereka membuat akuan bersumpah mengaku sebagai pengamal ajaran itu," katanya.

Mohd. Yusop memberitahu, bagi mengekang ajaran Syiah di negeri ini, JAIPk telah melaksanakan sebanyak 20 program penerangan khususnya dalam kalangan penjawat awam, sekolah dan institusi pengajian tinggi di seluruh negeri ini mengenai bahaya fahaman Syiah.


No comments:

Post a Comment