YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 14 January 2014

Kerajaan tekad pertahankan akidah umat Islam




PUTRAJAYA 14 Jan.- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) akan terus mempertahankan akidah umat Islam termasuk memelihara kesucian kalimah Allah di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, hakikatnya kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya nilai dibawa oleh agama gagal dipelihara.
Tegasnya, kerajaan juga sentiasa mengawal dan mencegah propaganda fahaman pluralisme yang kini semakin berkembang parah di negara-negara umat Islam.
"Dalam konteks Malaysia, agama Islam menjadi anutan majoriti dan sudah tentu asas kepada keharmonian masyarakat serta mendapat sokongan semua pihak.
"Walaupun kebebasan agama dibenarkan tetapi Perlembagaam Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam," katanya ketika berucap dalam Majlis Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Putra di sini hari ini. - UTUSAN
Jamil Khir turut menjelaskan sebarang tuntutan oleh golongan bukan Islam perlu
munasabah dan rasional bagi mengelakkan berlakunya pertembungan yang merugikan semua
pihak.
``Sikap emosional, keterlaluan, fanatisme dan terlalu mementingkan diri perlu
dibatasi dengan kewarasan dan rasionalisme yang bertunjangkan keadilan untuk semua.
``Kalau pun menghadapi masalah semua pihak harus memilih saluran perundingan untuk
menyelesaikannya,'' ujarnya

No comments:

Post a Comment