YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 10 June 2014

Tak Kisah Apa DAP Pusat Nak Cakap



ALOR SETAR  - DAP Kedah tetap akan mengadakan mesyuarat agung tahunannya (AGM) sungguhpun telah beberapa kali ditegah oleh DAP Pusat yang tidak bersetuju dengan barisan kepimpinan parti negeri.

Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik berkata, parti diperingkat negeri harus menjalankan mesyuarat yang dijadualkan bagi mengelak daripada dikenakan tindakan oleh Jabatan Pertubuhan (RoS) sepertimana yang terjadi kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

"Jika AGM tersebut tidak dilakukan, kemungkinan besar kami akan berdepan nasib sama seperti CEC Pusat kerana tempoh untuk ahli jawatankuasa DAP negeri memegang jawatan sudah pun tamat sejak Ogos lalu.

"Saya sudah menghantar surat kepada DAP Pusat sejak Mac lalu untuk mengadakan AGM tetapi sehingga kini tidak dipedulikan. Disebabkan itu, kami tiada pilihan lain selain meneruskan apa yang sepatutnya demi menyelamatkan parti,"

Kemelut dalaman parti bermula apabila berlakunya campurtangan terus daripada peringkat pusat yang melantik Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi negeri sungguhpun parti diperingkat negeri telah memilih pemimpin sendiri pada pemilihan yang sah.

Zairil kemudiannya telah bercadang untuk mengadakan mesyuarat berasingan pada September ini memperlihatkan seperti ada dua parti DAP di Kedah.

Guan Aik walaubagaimanapun menegaskan beliau tidak akan menghalang Zairil mengadakan mesyuarat tersebut.

"Itu hak mereka. Tetapi bersandarkan prosedur dan perundangan, jelas saya berada di landasan undang-undang kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) jelas menyatakan bahawa saya adalah Pengerusi DAP Kedah yang sah.

"Sudah tentu apa yang dilakukan mereka ini adalah arahan daripada pemimpin atasan dan itu jelas menunjukkan yang mereka ini secara terang-terangan menentang ROS," katanya.

No comments:

Post a Comment