YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 6 January 2015

Benteras Jenayah Antara Agenda Utama – Dr Zambry



Kerajaan negeri bertekad menjadikan pembanterasan jenayah sebagai salah satu agenda utama dalam memastikan kesejahteraan masyarakat setempat, khususnya dari aspek keselamatan dan keamanan di kalangan komuniti.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihak polis harus sentiasa mengambil kira perspektif dan perasaan orang ramai dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di dalam mengurangkan peratusan kadar jenayah di negeri ini.
Menurut beliau, berdasarkan laporan daripada pihak polis, trend jenayah di negeri Perak telah berkurangan dari segi peratusan dan ini sebenarnya merupakan satu perkembangan yang baik.
“Walau bagaimanapun, saya berharap pihak polis dapat melaksanakan agenda pembanterasan jenayah sehingga masyarakat setempat dapat merasa yakin dan selesa dengan tahap keselamatan dan keamanan di kawasan masing-masing, ini sebenarnya yang paling penting,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Perak yang baharu, Datuk Osman Salleh di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh pada Isnin.
Dr Zambry berkata, kerajaan negeri yakin kadar jenayah dan tahap keselamatan di negeri Perak dapat diperbaiki di bawah teraju kepimpinan Ketua Polis Perak yang baharu.
Dalam pada itu, Osman berkata, tiada sebarang laporan kegiatan jenayah yang dilaporkan berikutan keadaan banjir yang berlaku di negeri ini.
“Hanya seorang mangsa yang dilaporkan lemas akibat terjatuh ke limpahan air banjir di ladang kelapa sawit di kawasan Kg Gajah pada Rabu lepas dan mayatnya telah ditemui pada malam semalam.
“Namun tiada sebarang aktiviti jenayah seperti pecah masuk, kecurian dan sebagainya yang dilaporkan kepada pihak polis,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment