YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 2 April 2014

Ngeh Dikutuk Dakwa Peraknews, Suara Perak Medium Politik UMNO

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perak mengutuk kenyataan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Ko Ham yang melabelkan Suara Perak dan Peraknews sebagai medium politik UMNO.
Sambil mengecam tuduhan liar Ngeh, mereka menganggap kenyataan itu sebagai politik murahan untuk mencari publisiti.
Menurut mereka, Ngeh perlu tahu bahawa Suara Perak dan Peraknews merupakan lidah rasmi kerajaan negeri dan sentiasa menghidangkan laporan berita berkaitan dasar kerajaan negeri.
ADUN Slim, Datuk Mohd Khusairy Abdul Talib, berkata, Ngeh seharusnya membuat kajian terlebih dahulu tentang Suara Perak dan Peraknews sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal.
“Suara Perak dan Peraknews ini diwujudkan oleh kerajaan negeri untuk menyampaikan aktivit-aktivi dan dasar kerajaan negeri kepada rakyat. Sudah tentu ia akan mendukung program yang dijalankan oleh kerajaan negeri sahaja.
“Kalau perkara yang dilakukan oleh pihak pembangkang itu mendatangkan kesan negatif terhadap rakyat, sudah tentu mereka akan melaporkannya, itu hak rakyat untuk mengetahuinya,” katanya
ADUN Batu Kurau, Dr. Muhammad Amin Zakaria pula berpendapat kenyataan Ngeh itu ibarat seperti bercakap kepada cermin.
“Apa yang dicakapkan Ngeh itu seperti cakap kepada diri sendiri, mereka yang mengunakan media arus perdana yang dimiliki oleh mereka untuk menimbulkan provokasi kepada rakyat untuk membenci kerajaan.
“Mereka tuduh orang, tetapi mereka sendiri yang melaksanakan perkara begitu, tidak semestinya mereka buat begitu, kita juga akan buat begitu, media sepatutnya menceritakan berita yang sebenar,” ujarnya.
Selain itu, ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin juga turut membidas kenyataan Ngeh dengan menyifatkannya sebagai langkah terdesak Ngeh untuk mencari isu mempersalahkan kerajaan negeri.
“Pembangkang memang kerjanya mencari salah dan silap kerajaan negeri sahaja, bila dah tiada isu mereka mula mencipta isu yang tidak masuk akal.
Dia sebagai ADUN seharusnya tahu Suara Perak dan Peraknews itu diwujudkan oleh kerajaan negeri untuk membantu kerajaan menyampaikan dasar kerajaan, bukan memburukkan mereka, itu hanya perasaan mereka sahaja” katanya ketika ditemui.
Datuk Mohd Tarmizi Idris yang merupakan ADUN Kenering, pula menyifatkan tindakan Ngeh itu sebagai langkah berani mati untuk menjatuhkan Suara Perak dan Peraknews yang dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat.
“Suara Perak terbukti pada edisi terbarunya jelas benar memenuhi hasrat kerajaan negeri dan media ini juga sudah mula mendapat tempat di hati rakyat, itu yang membimbangkan mereka,” katanya.
Berikutan kenyataan Ngeh itu juga, ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun, turut meluahkan rasa sedihnya terhadap sifat tidak bertanggungjawab ADUN Sitiawan itu.
“Saya amat sedih melihat tuduhan-tuduhan tidak berasas dan tidak masuk akal yang sering dilontarkan oleh Ngeh kepada kerajaan negeri.
“Kebanyakkan isu yang dibawa beliau selalunya hanya lah lebih kepada persepi liarnya, imaginasi dan tanpa fakta,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment