YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 28 April 2014

"Jangan Sentuh Anwar" - Azmin Ali



KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali pada Perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka hari ini memberi amaran kepada Kerajaan Persekutuan agar tidak 'sentuh' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Amaran yang dikeluarkan Azmin itu seolah-oleh membayangkan bahawa himpunan yang diadakan hari ini bukanlah untuk membantah GST tetapi untuk membela ketua pembangkang itu.
 
"Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak ingin ulang kezaliman dengan menjatuhkan hukuman kepada Anwar. Jangan kamu zalimi rakyat dan Anwar. Jangan kamu sentuh Anwar.
 
"Rakyat Malaysia tidak akan benarkan walau sesaat Anwar dimasukkan ke dalam penjara. Lawan tetap lawan. Kezaliman yang dilakukan bukan hanya kepada Anwar tetapi kepada rakyat," katanya.
 
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 20 ribu peserta yang hadir pada perhimpunan bantah GST di ibu negara.
 
Dalam ucapannya, Azmin turut memberi gambaran bahawa akan mengadakan demostrasi jalanan bagi membantah keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Anwar bersalah di atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

No comments:

Post a Comment