YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Thursday 10 April 2014

Najib Lawat Haron Din Di IJN



KUALA LUMPUR  - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN), di sini. 
 
Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu. 
 
Najib menerusi laman Instagramnya berdoa agar Haron Din akan kembali sihat seperti sediakala.
 
"Saya sempat melawat Datuk Dr Haron Din di IJN. Semoga kesihatan beliau segera beransur pulih seperti sediakala," katanya.
 
Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin. 
 
Turut serta pakar perunding kardiologi IJN, Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin. 

No comments:

Post a Comment