YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 16 April 2014

PAFA Kecewa Tindakan Liar Penyokong



Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan ganas segelintir penyokongnya yang melontar objek keras serta mercun kepada petugas media dan penyokong Johor Darul Takzim (JDT).
Presidennya, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata insiden rusuhan yang berlaku pada malam Selasa itu adalah insiden terburuk dalam sejarah bola sepak Perak.
Pada masa sama, Zainol menyifatkan tindakan ganas penyokong Perak tersebut adalah satu tindakan tidak bertamadun di mana para penyokong seharusnya memberi sokongan penuh kepada pasukan negeri tatkala di tangga tercorot.
"Kita rasa inilah insiden yang paling buruk yang pernah terjadi di Stadium Perak. Satu perkara yang tidak wajar berlaku dalam bola sepak di negara kita dan mungkin menjadi satu perkara yang paling serius.
"Sepatutnya dalam dunia moden hari ini sokongan kepada pasukan dan juga perkara-perkara yang berlaku di luar padang itu tidak wajar berlaku," ujar Zainol.
Zainol berkata selepas melawat wakil media yang tercedera, Supian Ahmad, 35, jurufoto Berita Harian Dan Razif Rosli,30 wartawan foto Sinar Harian di Pejabat Urusan NSTP Perak dekat Ipoh pada Rabu.
Mewakili PAFA, Zainol memohon maaf kepada mereka yang tercedera serta para pemain, pegawai dan penyokong JDT.
Lantaran daripada insiden tersebut, PAFA kini bersedia untuk berhadapan dengan sebarang tindakan yang bakal dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

No comments:

Post a Comment