YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Sunday 30 August 2015

501 Pelajar Terima Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak



IPOH: Seramai 501 orang anak-anak Perak telah menerima cek Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak sebagai bantuan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Ianya telah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.
Jumlah tersebut terbahagi masing-masing di peringkat Diploma seramai 83 orang, Ijazah Sarjana Muda (355), Sarjana (53) dan juga Ijazah Falsafah (PHD) seramai 10 orang.
PERAK TODAY 3
Zambry berkata, pinjaman tersebut adalah untuk memberi kemudahan kepada anak-anak Perak yang berkelayakan bagi melanjutkan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi.
“Kita akan meneruskan agenda untuk membantu anak-anak negeri Perak supaya mereka berjaya dalam pelajaran dan tidak menjadikan halangan-halangan kemiskinan, kesusahan sebagai faktor untuk mereka tidak melanjutkan pelajaran.
“Kita yakin bahawa pendidikan merupakan satu asas yang sangat penting dalam kehidupan kita. Mahu tidak mahu, kita perlu memberikan perhatian yang secukupnya bukan hanya ibu bapa, tetapi juga guru-guru dan termasuk juga Kerajaan negeri,” kata beliau.
PERAK TODAY 2
Dalam pada itu, beliau berkata, pelajar yang menerima pinjaman tersebut seharusnya bertanggungjawab untuk membuat pembayaran balik dalam tempoh yang telah ditetapkan.
“Cuma apa yang kita tekankan, dalam situasi yang sukar seperti sekarang, kita tidak mahu memperlihatkan seolah-olah kerajaan negeri tidak begitu prihatin dengan permasalahan yang berlaku.
“Masing-masing perlu saling faham memahami iaitu tanggungjawab mereka untuk membayar, tapi kalau mereka ada masalah, mereka datang bertemu dengan pihak kerajaan untuk memaklumkan di mana mereka,” jelasnya.
PERAK TODAY 1
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas diminta mengulas mengenai keputusan Kerajaan Negeri sama ada mahu menambah peruntukan ataupun mengurangkan jumlah peminjam di masa hadapan.
Tegasnya, perkara yang menjadi permasalahan adalah apabila individu tersebut gagal dikesan seolah-olah menunjukkan mereka lari daripada membayar pinjaman tersebut.
Oleh sebab yang demikian, tambah beliau, kerajaan telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan individu yang gagal untuk membuat pembayaran balik pinjaman tersebut.
PERAK TODAY 5
“Pihak jawatankuasa telah pun mengkaji dan telah menetapkan beberapa langkah yang perlu dibuat.
“Mereka sedang melihat dari segi tahap kes-kes yang terbabit itu umpamanya kes dimana peminjam langsung tak nak bayar, tak tahu dimana mereka, berkali-kali dihantar peringatan pun langsung mereka tidak memberi jawapan. Kes-kes begini yang akan dicari,” tegasnya.
Terdahulu, beliau turut menyampaikan anugerah kepada 10 pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mendapat Anugerah Pinjaman Boleh Ubah kepada Biasiswa kerana telah mendapat keputusan kepujian kelas pertama dalam bidang yang diceburi.

No comments:

Post a Comment