YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 29 October 2014

#Bajet2015 Usaha Menangi Hati Rakyat


Agenda di dalam Bajet 2015 termasuk rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membuktikan kerajaan berusaha memenangi hati rakyat dan mengimbangi kewangan negara.

Ketua Cukai Negara Deloitte Malaysia, Yee Wing Peng berkata, pada waktu ini, kerajaan berusaha memastikan kadar hutang negara dapat dikurangkan dan meningkatkan kredibiliti fiskal.

Menurutnya, kerajaan juga berterusan menyokong kelas bawahan dan pertengahan dengan memberi pelbagai bentuk bantuan seperti peningkatan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pengurangan cukai individu satu hingga tiga mata peratusan.

Katanya, langkah-langkah yang diperkenalkan itu dapat melindungi kepentingan kedua-dua pihak iaitu rakyat dan kerajaan.

“Langkah-langkah dan inisiatif yang diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2015 dapat menebalkan poket rakyat untuk terus berbelanja terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah,” katanya memetik laporan Utusan Online semasa menjadi panel seminar Deloitte TaxMax 2014 di sini baru-baru ini.

Bajet 2015 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober lalu dengan tema ekonomi keperluan rakyat.

Tambah Wing Peng, Bajet 2015 dilihat sebagai usaha kerajaan memastikan Malaysia mencapai negara maju dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, hal ini berbanding dengan tumpuan pada Bajet 2014 iaitu menumpukan usaha dalam mendidik kalangan perniagaan dan rakyat mengenai GST.

“Pada waktu ini, beberapa langkah kerajaan seperti rasionalisasi subsidi dan GST mungkin dianggap kurang popular. Namun, ia menjadi sangat penting dan bermanfaat dalam jangka panjang,” ujarnya.

Kata Wing Peng, Bajet 2015 turut membuktikan sokongan kerajaan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menyediakan dana-dana mudah.

Jelasnya, cabaran utama PKS selama ini adalah untuk mendapatkan pembiayaan berpotensi.

“Platform akaun pelaburan (IAP) di dalam Bajet 2015 yang mematuhi syariah dijangka menyuburkan aktiviti PKS di negara ini,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment