YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Saturday 27 December 2014

Jangan Percaya Khabar Angin – MB



TELUK INTAN : Pelbagai khabar angin yang timbul berkaitan kawasan Hilir Perak atau Teluk intan berpontensi untuk berhadapan dengan banjir ternyata tidak benar sama sekali.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang membuat lawatan ke salah sebuah Jeti Kampung Terengganu Teluk Intan hari ini mengatakan setakat ini aliran dan paras air masih lancar.
“Setakat jam 4 petang tadi pemantauan pelbagai jabatan di kawasan Daerah hilir Perak dari segi aliran air dan parasnya terutama sekali di kawasan Teluk Intan masih belum memberi kesan yang jelas berikutan keadaan air yang mengalir lanacar dan kawasan sungai yang luas,” katanya.
Jelasnya lagi, Setakat ini masih tiada tanda-tanda bahawa kawasan ini akan mengalami banjir dan dijangkakan sekiranya tiada masalah aliran ke laut khususnya pasang surut kemungkinan air akan terus mengalir lancar.
Jelasnya lagi, langkah persiapan menghadapi banjir perlu terus dilakukan berikutan air daripada hulu Perak akan mengalir ke arah Hilir Perak.
“Kawasan Kampung Gajah telah mengalami peningkatan parasnya dan saya berharap supaya semua jabatan mengambil tindakan perlu,” katanya.
Sementara itu, Perkembangan terkini di daerah Kerian memperlihatkan kenaikan air di empangan Bukit Merah berikutan hujan yang turun dengan lebat air mengalir sungai Perak, Lembah kerian dan kawasan sekitarnya.
“Daerah Kerian terdapat banyak sungai kecil dan terdapat juga Bukit Merah perlu perhatikan kerajaan negeri telah memaklumkan langkah berjaga-jaga,” katanya lagi.
Ujarnya lagi, perkembangan terkini keadaan banjir di Perak masih memperlihatkan taburan hujan yang masih meningkat sejak semalam di hulu Perak keseluruhan namun masih ada kawasan yang menunjukkan taburan menurun paras air menurun.
“Kita akan terus memantau ramalan cuaca dalam tempoh beberapa hari ini perlu terus dipantau sepenuhnya bagi melihat aliran air sepanjang Sungai perak,” katanya.
Beliau turut menasihati Orang ramai yang tinggal berhampiran kawasan sungai hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Hilir Perak perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
“Mereka yang tinggal di tebing sungai supaya memberi kerjasama jika menerima arahan untuk berpindah kerana ada segelintir yang enggan,” katanya.
Nasihat daripada jabatan yang bertanggungjawab perlu didengar kerana matlamat hanya untuk membantu rakyat.

No comments:

Post a Comment