YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 12 December 2014

JPS Digesa Kaji Semula Cara Pembinaan Ban Di Alor Pongsu:- Datuk Sham Mat Sahat



Kerajaan Perak menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) digesa untuk mengkaji semula cara pembinaan ban di Alor Pongsu.

ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata, isu tebatan banjir telah dibangkitkan sebelum ini berikutan kekerapan berlakunya kejadian berkenaan di kawasan itu.

"Saya minta pihak yang berkaitan supaya mengkaji semula cara pembinaan ban yang lebih kukuh dalam mengatasi masalah banjir.

"Kita melihat cara pembinaan sekarang kurang efektif dan banjir masih lagi berlaku di kawasan ini," katanya.

Menurut beliau, hasil projek berkenaan agak kurang memuaskan dan banjir masih berlaku, khususnya di kawasan Alor Pongsu.

"Kita tidak pasti apa puncanya namun ia boleh diatasi sekiranya pembinaan ban itu dilakukan dengan lebih baik.

Katanya, antara punca banjir masih berlaku adalah disebabkan flap gate atau kunci air rosak.

Malah jelas beliau, ban yang dibina itu juga terlalu rendah dan kualiti tanah yang digunakan kurang baik.

No comments:

Post a Comment