YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 10 December 2014

Nasib Tiga Beradik Berpenyakit Kronik Terbela



KLEBANG RESTU : Rentetan kisah tiga beradik berpenyakit kronik yang pernah tersiar di PerakToday baru-baru ini, ia telah menarik perhatian pembaca untuk tampil menghulurkan bantuan.
Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah tampil menghulurkan bantuan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga Suhardy Che Omar,40 dan isteri Zalifah Mustafa, 37, di Taman Klebang Restu.
“Kami di Pusat Khimat dan Aduan BN Perak sentiasa prihatin akan permasalahan yang dihadapi oleh segelintir masyarakat hari ini.
“Kunjugan kami bukan sahaja memberikan sumbangan malah akan mengambil tindakan seterusnya bagi membantu tiga orang anak Suhardy yang berpenyakit kronik.
“Walaupun keluarga ini telah menerima bantuan bulanan dari Majlis Agama Islam Perak (MAIP) sebanyak RM350 sebulan bagi menampung kos perubatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan namun kami akan cuba membantu dengan apa yang termampu selaras dengan matlamat kami”, katanya selepas menyerahkan bantuan berupa barangan makanan dan keperluan dapur.
Suhardy Che Omar,40, melahirkan rasa gembira diatas keprihatinan kesemua pihak yang telah tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan iklas kepada anak-anak saya. Sumbangan itu akan saya gunakan sebaik mungkin untuk membiayai perbelanjaan dan alat perubatan anak-anak saya yang sakit ini”, katanya.
Suhardy bersama isterinya terpaksa menghadapai dugaan menjaga tiga orang anaknya yang mengidap penyakit kronik. Anak pertamanya Nur Athirah Ayu Suhardy,16, mengalami ketumbuhan dalam kepala sebelah kiri (left subarachnoid cyst) yang kritikal dan telah menjalani pembedahan namun keadaanya masih belum stabil.
Nur Ameera Aisyah Suhardy, 10, anak ketiga dalam keluarga ini mengalami penyakit asma (Bronchial asma) yang serius sejak 2012. Sementara itu anak keempat pula Muhammad Airel Daniel mengalami komplikasi buah pinggang, darah tinggi, saluran jantung dan glaucoma pada mata sebelah kiri.

No comments:

Post a Comment