YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 10 December 2014

Kerajaan Negeri Gesa Bantuan Semua Pantau Pencerobohan Hutan Simpan




IPOH: Kerajaan Negeri menyeru semua pihak termasuk orang ramai supaya memberikan kerjasama dan maklumat terhadap sebarang pencerobohan yang berlaku terhadap hutan simpan kekal yang telah diwartakan.
Menteri Besar, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor (BN-Pangkor) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kes pencerobohan ini bukannya hanya tertakluk kepada aktiviti pencerobohan hutan namun termasuk juga pengambilan tanah merah dan  pasir.
Katanya lagi, penyeludupan dan pengambilan tanah merah yang berlaku di Gunung Semanggol, Kerajaan Negeri katanya mendapati penyeludupan tersebut turut melibatkan pengambilan pasir yang mengandungi kandungan bijih.
“Kerajaan sentiasa mengambil perhatian kerana berlakunya pencerobohan tanah merah ini dans menyebabkan kadar keluasan lebih daripada itu, memantau serta meminta pejabat daerah mengambil tindakan seumpama ini,” katanya.
Jelasnya lagi, konteks pencerobohan hutan simpan kekal adalah melibatkan kawasan pendalaman dan kawasan tepi pantai yang mempunyai bukit bukau yang diiktiraf hutan simpan kekal .
“Ada yang menceroboh bukan hanya mengambil pasir tapi juga menebang termasuk pokok gaharu dan perkara yang mencurigakan serta aktiviti dilakukan di kawasan tertentu perlulah dilaporkan segera kepada Kerajaan Negeri,” katanya.
Tambahnya lagi, sehingga 30 Oktober 2014, sejumlah 995,284.96 hektar diwartakan sebagai hutan simpanan kekal iaitu melibatkan sebanyak 68 kawasan hutan simpan seluruh Perak.
“Daripada tahun 2006 sehingga 2014 sejumlah 15,867.01 hutan simpan telah diwartakan hutan simpan kekal tersebut dikeluar bagi tujuan pembangunan antaranya untuk skim perumahan, kawasan Orang Asli, perlombongan pertanian,” katanya.
Tambahnya lagi, Kerajaan Negeri telah mewartakan sejumlah 18,866 hektar kawasan tanah kerajaan sebagai hutan simpanan kekal dengan nama Hutan Simpan Aman Jaya pada 9 Mei 2013 yang lalu.
“Sehingga 31 Oktober 2014, lima kawasan Kerajaan diwartakan sebagai hutan simpan kekal yang melibatkan Hutan Simpan Lekir pada 6 November 2013 (616 hektar) dan hutan simpan Kelip-Kelip (152.98 hektar) pada 6 November 2013,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Husin Din (PAS-Selinsing) dalam Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri yang ke-13 hari ini.
Tambahnya lagi, Hutan Simpan Telok Muroh (116.6 hektar) pada 6 Januari 2010, manakala sebanyak 1,052 hektar diwartakan sebagai Hutan Simpan Teluk Rubiah pada 23 Januari 2014.

No comments:

Post a Comment