YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 22 December 2014

DSD Dr Zambry Abd Kadir Harap Dapat Tambah Jumlah Penerima Bantuan Persekolahan Setiap Tahun



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berharap dapat melebarkan lagi jumlah penerima bantuan persekolah setiap tahun.
Menurut beliau, dengan bantuan yang diberikan pihak penganjur maka ia akan dapat memberi impak yang besar supaya kerajaan negeri dapat membuat sasaran yang tepat.
“Kita harap penganjur dapat turut serta dalam menyampaikan bantuan ini dan dengan melebarkan lagi jumlah mereka yang mendapat bantuan ini.
“Kalau dulu, kita hanya dapat memberi bantuan seramai 120 orang sahaja manakala pada kali ini hasil dari kerjasama yang baik daripada penganjur yang kita temui mereka telahpun memberikan bantuan ini dan kita dapat menambah kepada 4200,” katanya pada sidang media di Majlis Perasmian Program ‘Bantu Kami Ke Sekolah 2015’ anjuran YBU dan BAIDURI di Ipoh
Zambry menambah, kerajaan negeri turut bercadang untuk memastikan supaya sasaran untuk mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dapat ditambah dari tahun ke tahun.
Katanya, semua pihak perlu memikirkan kaedah lain termasuk dengan mencari lebih banyak penganjur untuk membantu menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“Kita mahu meringankan beban melalui kaedah ini dimana satu koordinasi bersama melibatkan semua dan dengan membolehkan supaya sasaran itu benar-benar kita dapat.
“Bagaimanapun, saya tidak mahu ada cerita dimana satu keluarga dapat sampai 3 atau empat sumber bantuan dan orang lain tidak dapat.
“Perkara ini yang akan kita lihat dengan lebih mendalam,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment