YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 16 December 2014

Rumpai Miang Mexico Turut Ditemui Di Perak



IPOH: Kawasan seluas 11 hektar di Perak dikenal pasti terdapatnya tumbuhan rumpai miang Mexico yang berbahaya kerana boleh menyebabkan alahan terutama kepada kanak-kanak dan dewasa.
Ketua Jabatan Pertanian Perak, Zabidi Dun berkata, rumpai miang Mexico atau nama saintifiknya parthenium hysterophorus ini berasal dari Amerika Tengah dan Selatan
Menurutnya, rumpai ini mengambil masa sekitar tiga minggu untuk tumbuh seperti pokok tembikai dan apabila masuk ke peringkat tiga bulan ke atas, rupanya seakan-akan seperti pokok ulam raja yang menyebabkan timbulnya kekeliruan dalam masyarakat.
rumput miang1
“Rumpai ini juga dikenali sebagai “World Worst Weed”, yang berupaya memberi kesan kepada manusia, haiwan dan juga ekosistem pertanian dan ianya berbahaya kerana boleh menyebabkan alahan kepada manusia dan haiwan yang tidak mempunyai daya tahan yang kuat,” katanya ketika mengetuai operasi menghapuskan rumpai berkenaan di Taman Chemor Maju, dekat Ipoh.
zabidi berkata, tumbuhan liar ini juga berupaya menganggu ekosistem semulajadi iaitu pertanian melalui debu daripada bunganya mengenai kulit dan mata sehingga enyebabkan alahan, ruam, kegatalan dan pengelupasan kulit.
“Setakat ini masih tiada kes yang serius dicatatkan dan orang ramai tidak perlu risau cuma harus lebih berwaspada agar tidak menyentuhnya serta mengambil langkah-langkah mengawalnya,” katanya.
Beliau berkata, kesan kepada ternakan yang termakan rumpai ini, ia akan kehilangan selera makan malah kualiti daging dan susu ternakan akan menjadi tidak baik.
Tambahnya lagi, rumpai ini juga akan memberi kesan kepada alam sekitar serta boleh memberi persaingan kepada tanaman lain, melalui sebaran bahan kimia yang menyekat pengeluaran hasil tanaman yang berdekatan
“Ulam raja dan tumbuhan ini berbeza kerana ia tidak ada bau seperti ulam raja, bunga rumpai warna putih manakala ulam raja berwarna merah jambu dan pokok ini sangat mudah tersebar serta mampu menghasilkan 100,000 bijih benih dalam satu kali pusingan hidup,” jelasnya.
Kata beliau, tumbuhan ini juga boleh tumbuh atas semua jenis tanah dan disebarkan melalui aliran air mengalir seperti sungai, makanan ternakan dan angin.
Tambahnya lagi, rumpai ini perlu dikawal dan dihapuskan berdasarkan Akta Kuarantin Tumbuhan Tahun 1976 kerana rumpai ini tersenarai dalam perosak kuarantin bahaya yang memerlukan tindakan bagi menghapuskannya.
“Dua cara menghapusnya iaitu bagi pokok yang belum berbunga boleh dicabut dengan menggunakan peralatan keselamatan lengkap seperti sarung tangan getah, penutup mulut pakaian lengan panjang dan dimasukkan dalam beg,” katanya.
Sementara itu, jika rumpai tesebut sedang berbungga penggunaan racun yang sesuai boleh digunakan dan orang ramai juga dinasihatkan meminta khidmat bantuan daripada Jabatan Pertanian untuk memberi bimbingan.
“Jabatan pertanian kini sedang giat mengadakan kerja pemantauan membanci seluruh Negeri Perak mengenai rumpai tersebut,” katanya.
Terkini statisitik mendapati 11 hektar terlibat di seluruh Perak iaitu, Daerah Kinta sebanyak 14 tempat melibatkan 3 hektar, Hulu Perak, 9 tempat (700) pokok, Larut Matang 2 tempat (130) pokok, Manjung 3 lokasi (0.3) hektar, Perak Tengah (1.4) hektar dan Kuala Kangsar 5 hektar (14 tempat) serta di Hilir Perak (300) pokok di1 lokasi yang dijumpai.
Orang ramai disaran melaporkan kewujudan rumpai berkenaan kepada pihak jabatan pertanian untuk tindakan susulan dan bimbingan bagi menghapuskannya.

No comments:

Post a Comment