YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 5 June 2015

“Saya tidak akan patah semangat” : DS Najib


KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan bahawa beliau tidak akan patah semangat dengan segala dugaan yang dihadapinya.
“Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan.
“Saya mungkin dilihat adakalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam diri saya,” katanya.
Najib berkata demikian ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan, hari ini, di sini.
Beliau turut berkata bahawa beliau merupakan seorang Perdana Menteri yang kerap melawat Sarawak dan sentiasa membawa ‘buah tangan’ dalam setiap lawatannya.
Memetik laporan daripada mStar, Najib turut menyatakan bahawa sepanjang pentadbirannya, beliau telah meluluskan peruntukan pembangunan yang bernilai lebih daripada RM1 billion secara serta merta untuk negeri Sarawak.
Dalam majlis yang sama, Najib turut melahirkan keyakinan beliau di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Adenan Satem bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat mandat besar di Sarawak.
Ujarnya lagi, Sarawak akan menjadi pembuka tirai kepada kemenangan BN bagi pilihan raya umum (pru) yang akan datang.
“Adenan cuma minta satu penggal sahaja (Pilihan Raya Negeri akan datang), lima tahun lagi pentadbiran, bukannya 22 tahun,” puji Najib.
Tambah Najib lagi, Perdana Menteri sebelum ini turut menerima pelbagai dugaan sepanjang pentadbiran, namun masih memimpin Negara kerana mendapat sokongan setia sebagaimana yang beliau lakukan kepada pemimpin-pemimpin sebelum ini.
“Ini zaman saya sebagai Perdana Menteri, takkan saya kena turun kerana kehendak seorang?
“Saya dipilih oleh siapa? Rakyat Sarawak juga memilih saya sebagai ‘Apai Besai’,” tegasnya.
Najib turut bertanyakan kepada rakyat yang hadir sama ada mahukan beliau terus menjadi Perdana Menteri atau pun tidak.
“Saya nak tanya orang Sarawak… nak lagi saya jadi Perdana Menteri atau tidak?,”tanya beliau dengan disambut dengan sorakan gemuruh yang melaungkan ‘Nak’.
Tegasnya lagi, beliau akan terus memimpin negara ini kerana masih banyak agenda yang perlu dilaksanakan bagi mewujudkan sebuah negara maju.
“Saya akan terus pimpin negara kita, saya akan terus berjuang kerana banyak agenda kita yang belum selesai.
“Paling utama, kita nak wujudkan sebuah negara yang maju,” katanya.

No comments:

Post a Comment