YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Saturday 20 June 2015

“Mereka Hanya Mahu Tunjuk Keangkuhan,” -DS Tajuddin



PASIR SALAK: “Mentang-mentang mereka (DAP) dah berkuasa di Pulau Pinang… dia nak tunjuk dia ada kuasa dan boleh buat apa sahaja,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas berhubung tindakan parti itu yang cuba untuk merobohkan struktur tulisan UMNO di Ibu Pejabat UMNO Negeri Pulau Pinang semalam.
Ujarnya, tindakan tersebut menunjukkan bahawa parti tersebut sengaja membangkitkan kemarahan ramai masyarakat sehingga boleh mencetuskan pergaduhan.
Katanya lagi, ia menunjukkan keangkuhan mereka sebagai parti politik yang berkuasa di Pulau Pinang.
“Mereka (DAP) ini adalah kesinambungan kepada pemimpin dan ahli DAP pada satu masa dahulu pernah mencetuskan peristiwa 13 Mei,” ujarnya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Beliau juga berkata, tiada gunanya untuk berkelakuan seperti parti DAP berkenaan berikutan ianya hanyalah membuang masa.
“Nak berbalas macam itu boleh, tetapi apa ertinya?… Bergaduh begitu jelah,” jawabnya apabila disoal adakah wajar sekiranya ahli UMNO melakukan perkara yang sama dengan perbuatan yang dilakukan oleh DAP tersebut.
Tegasnya, semua pihak khususnya orang Melayu dan Islam harus bersatu padu untuk mengelakkan perpecahan sehingga boleh mendatangkan kerugian kepada negara.
“Yang paling penting sekali ialah orang Islam dan Melayu mesti bersatu padu dan pastikan kita kuat dan berkuasa.
“Meskipun kita berkuasa, namun kita tidak pernah zalim kepada mana-mana pihak selama 58 tahun kita merdeka,” kata beliau lagi.
Ujarnya, parti lain seperti MIC dan MCA juga tidak pernah mencetuskan kekecohan seperti yang dilakukan oleh DAP.
“Orang bukan Islam seperti MIC dan MCA juga tidak ada masalah serta masih boleh bekerjasama dengan baik dan tidak pernah memusuhi kita,” tambah beliau lagi.
Terdahulu, satu struktur tulisan UMNO di Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang telah cuba dirobohkan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim dalam kenyataannya mengecam tindakan tersebut kerana ia dilihat bertujuan sengaja untuk ‘mencari pasal’ di bulan Ramadhan.
Beliau juga mendakwa, Lim Guan Eng telah memperkudakan anggota MBPP untuk merobohkan struktur tersebut tanpa melakukan perbincangan dengan pihak UMNO Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment