YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 26 June 2015

Ketua Kampung & JKKK Perlu Laksana Tanggungjawab -DS Zambry



IPOH: Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disarankan supaya melaksanakan tanggungjawab dalam memperkukuhkan lagi peranan mereka di kawasan masing-masing.
Salah satu daripadanya adalah dengan menjadi agen pendaftar pengundi bagi mengesan pengundi yang masih belum berdaftar di kampung masing-masing.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Kampung dan JKKK berkenaan bertanggungjawab dalam memastikan pengundi yang sudah layak untuk berdaftar perlu berbuat demikian.
“Saya telah sarankan kepada Ketua Kampung dan JKKK tadi supaya dapat pergi ke kawasan-kawasan dan memastikan mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi hendaklah dilaksanakan.
“Kita memberi perhatian untuk mendaftar pengundi-pengundi kerana tanggungjawab sebagai warganegara, apabila mereka cukup umur untuk mengundi, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakannya,” jelasnya.
PERAK TODAY 4
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua-Ketua Kampung dan JKKK di kediaman rasminya pada Selasa.
Ujarnya, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memaklumkan kepada pihaknya bahawa Ketua Kampung dan JKKK ini boleh menjadi agen pendaftar pengundi.
“Saya telah dimaklumkan oleh pihak SPR bahawa ketua-ketua kampung dan penghulu boleh bertindak sebagai agen
“Lantaran itulah pada pertemuan pada hari ini, saya telah memaklumkan kepada mereka supaya menjalankan tanggungjawab ini kerana merekalah yang lebih dekat kepada masyarakat di kawasan mereka dan lebih tahu anak-anak muda ataupun sesiapa sahaja yang perlu menjadi pengundi,” tegasnya.
PERAK TODAY 1
Beliau juga berharap agar penekanan berkenaan akan dapat memberi peluang untuk mereka mengenalpasti individu yang berkewajiban untuk mengundi dan seterusnya memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Sementara itu, Zambry juga telah menyarankan agar kesemua Ketua Kampung dan JKKK dapat memainkan peranan dalam mengambil langkah untuk membanteras penularan penagihan najis dadah.
Beliau berkata, ia adalah sebagai salah satu usaha untuk memperkukuhkan lagi peranan JKKK di setiap kawasan di negeri ini.
PERAK TODAY 2
“Kerajaan Negeri menyarankan dan telah meletakkan satu penanda aras kepada JKKK untuk mereka melaporkan daripada segi penglibatan masyarakat di kawasan berkenaan.
“Sebagai contoh, Ketua Kampung dan JKKK kena membuat laporan berkala dalam salah satu sesi mesyuarat yang mana dimasukkan agenda pembasmian najis dadah di kawasan kampung berkenaan,” tegasnya.
Tambah beliau lagi, ia termasuklah sejauh mana masyarakat di kawasan kampung berkenaan telah terlibat dalam penagihan dadah.
“Bila kita tengok statistik yang telah ditunjukkan kepada kita adalah sangat membimbangkan yang mana lebih daripada 70 peratus yang terlibat dalam najis dadah adalah terdiri daripada anak muda kita
“Apa yang nak jadi kepada mereka kalau kita tidak mengambil langkah yang segera?” soal beliau.
PERAK TODAY 5
Justeru, beliau berharap agar kesemua Ketua Kampung dan JKKK dapat memainkan peranan dalam melaksanakan tanggungjawab bagi membasmi penularan dadah dan seterusnya dapat dibendungnya selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri.
Terdahulu, seramai hampir 500 Ketua Kampung dan JKKK di seluruh negeri Perak telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar yang telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini.
Majlis kemudiannya di teruskan lagi dengan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Tarawih yang telah diketuai oleh Syeikh Osama Mohamad Ikbal.
Zambry kemudiannya telah menyerahkan sumbangan kepada kesemua hadirin yang hadir pada majlis tersebut sebaik sahaja selesai solat tarawih berkenaan.

No comments:

Post a Comment