YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 22 June 2015

400 Pelajar Terima Anugerah Kecemerlangan UPSR & SPM



IPOH: Seramai 400 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang memperolehi keputusan cemerlang di seluruh negeri Perak telah menerima anugerah dalam Majlis Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 serta 2014 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang diadakan di sini, hari ini
Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Dewan Bankuet di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, Speaker Dewan Negeri, Datuk Seri SK Devamany dan Penasihat kepada Menteri Besar, Datuk V. Elango.
PERAKTODAY2
Menurut ibu bapa kepada salah seorang pelajar yang memperolehi anugerah berkenaan, mereka amat berbangga dengan pengiktirafan yang telah diberikan tersebut.
Mereka yang merupakan ibu bapa kepada Anbarasan Segar yang memperolehi keputusan 11 A dalam SPM berkata, anugerah tersebut merupakan suntikan semangat kepada anak mereka untuk lebih berjaya pada masa hadapan.
“Anugerah seperti ini akan menaikan lagi semangat dan menjadikan anak kami lebih bersungguh-sungguh dalam mencapai impian mereka,” kata mereka kepada Peraktoday.com.my ketika ditemui di sini, hari ini.
PERAKTODAY (1)
Selain itu, seorang lagi pelajar yang turut mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, Sobana Mohan berkata, anugerah yang telah diterima hari ini telah memberikan semangat kepadanya untuk terus memperolehi keputusan yang terbaik dalam peperiksaan akan datang.
“Saya amat berbangga kerana memperolehi anugerah ini, dan saya akan berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang pada masa hadapan,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pelajar, Breven Bal Dev menyatakan bahawa sumbangan yang telah diperolehi pada hari ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan persekolahannya.
Beliau yang memperolehi keputusan 7A dalam peperiksaan UPSR turut berkata, penghargaan tersebut akan menjadi motivasi kepadanya untuk lebih gigih berusaha sehingga dapat menyambung pelajaran ke menara gading.

No comments:

Post a Comment