YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Sunday 7 June 2015

Tun M Kongsi Rahsia Penulisan



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi kegemarannya yang gemar menulis dengan menggunakan pen dan kertas sahaja berbanding menggunakan komputer.
Melalui video yang dimuat naik di laman Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad, beliau  berkongsi kegemarannya  menulis menggunakan pen kerana langkah itu membantu memudahkan aliran pemikirannya untuk sesuatu penulisan ketika itu.
“Kalau ada masa terluang, jika ada pensil dan kertas saya akan menulis walau di mana sahaja, mahupun atas kapal terbang, lepas bangun dari tidur atau sebelum tidur dan juga jika ada lawatan antara orang-orang tertentu,” katanya lagi,
Pengamatan beliau mengenai untung nasib bangsa diterjemahkannya melalui penulisan buku yang bertajuk  ‘Malay Dillema’.
“Saya kalau boleh nak buat dua benda dalam satu masa.
“Saya rasakan menggunting rambut dan memotong kuku adalah satu masalah kerana tertumpu pada kerja itu dan tidak dapat melakukan kerja-kerja lain seperti menulis,”.
“Saya memang tidak boleh duduk diam, tidak berbuat apa-apa. Kalau boleh semua benda saya nak buat dua benda dalam satu masa yang sama, masa saya buat yang ini saya juga boleh buat yang itu,” jelasnya.
Sementara itu, menurut isteri kepada Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berkata menulis merupakan kegemaran dan juga kelebihan buat suaminya.
“Mana mungkin orang keluarkan artikel atau blog hari-hari, tetapi beliau boleh.
“Dengan syarat dia mesti ada kertas yang dah biasa beliau gunakan, pen pun mestilah istimewa,” katanya lagi.
Katanya lagi, setelah mengetahui pelbagai isu semasa, beliau akan mula menulis dan mengupas isu tersebut dengan mula menulis menggunakan  pen dan kertas seperti kebiasaan.

No comments:

Post a Comment