YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 13 October 2015

'Saya Setuju Kaum Melayu Marah Kerana Tercabar' - Ketua Pemuda MCA



"Kebelakangan ini orang Melayu marah kerana maruah orang Melayu tercabar!  saya setuju jika dikatakan maruah orang Melayu tercabar," demikian ucapan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Himpunan Agung Tahunan  MCA, di Wisma MCA hari ini.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Pendidikan berkata,  ini kerana segelintir peserta ‎dalam Perhimpunan Bersih  4.0 sebelum ini telah memijak gambar pemimpin Melayu.

 "Adanya yang menggunakan colok untuk sembahyang kepada pemimpin-pemimpin Melayu , saya turut kecam perbuatan demikian dan boleh disifatkan sebagai biadab.

"Tetapi ada sesetengah pihak yang kononnya NGO mengatakan bahawa mereka hendak buat 'balasan' dan menjadikan isu itu sebagai menegakkan nama Melayu lantas mengadakan perhimpunan yang cuba merempuh benteng polis, dan cuba memasuki Jalan Petaling Street mereka menuntut separuh  perniagaan di Petaling Street dibenarkan orang Melayu berniaga di sana, adakah mencabar maruah orang Cina?  tidak.

"Ada pemimpin  Melayu sifatkan orang Cina dan India pendatang walaupun kami sudah lama jadi anak watan Malaysia, adakah ini mencabar maruah orang Cina dan India tidak!. Ada pemimpin menyeru memboikot peniaga-peniaga Cina adakah ini mencabar maruah orang Cina, tidak!," katanya.

Dalam pada itu, Sin Woon berkata ketika insiden Low Yat berlaku, beliau turut tidak nampak maruah kaum Cina dicabar.

"Bila insiden Low Yat  berlaku,  tiga anak muda Cina diheret keluar dari kereta mereka ditumbuk, adakah maruah Cina dicabar ! tidak sama sekali, tidak sebab kita tahu dan faham majoriti orang Melayu di negara ini rakyat yang baik.

"Kita yakin dan percaya budaya Melayu adalah bersopan yang bertunjangkan ajaran Islam yang adil," katanya.

Oleh itu ujarnya, masalah yang berlaku kini, tidak menunjukkan bahawa Malaysia dibelenggu dengan sikap rasisme di kalangan rakyat.

"Tidak ada isu sebenarnya dalam kalangan rakyat antara pelbagai kaum, lihatlah di pasar, semua kaum bersatu hidup harmoni.

"Yang menjadi isu adalah  ada segelintir orang yang memainkan isu ini menjadikan isu perkauman, itu sahaja," katanya.

No comments:

Post a Comment