YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Thursday 19 February 2015

BAIDURI Beri Sumbangan Tahun Baru Cina Di Batu Gajah



Mengambil kira Sambutan Tahun Baru Cina yang akan diraikan masyarakat Tionghua tidak lama sahaja lagi, Badan Amal Dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) sekali lagi tampil memberikan keceriaan dengan penyampaian sumbangan di daerah Batu Gajah.
Kunjungan pertama bertempat di Tadika Meriah Ria dan disusuli dengan lawatan ke Hospital Batu Gajah, kedua-duanya melibatkan penyampaian sumbangan dan 'angpau' sebagai simbolik kepada perayaan tersebut.
Pengerusi BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli ketika ditemui berkata, penganjuran program itu sudah menjadi aktiviti tahunan badan itu setiap kali menjelang musim perayaan di negeri ini.
"Kebiasaannya, apabila tiba musim perayaan, BAIDURI akan turun ke daerah yang belum pernah kami lawati dan pada tahun ini kami ke Batu Gajah untuk sumbangan Tahun Baharu Cina.
"Hari ini kita beri 'goodies' dan 'angpau' tidak mengira kaum samada Cina, Melayu atau India, kita faham pesakit yang ada di hospital ini mungkin berasa sedih dan tujuan utamanya untuk berikan kegirangan pada mereka.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang saling memberikan kerjasama dalam pelaksanaan program ini," kata Saripah.
Seramai 35 pesakit menerima sumbangan tersebut dengan melibatkan 4 buah wad termasuk wad kanak-kanak, bersalin dan pemulihan.
Rata-rata pesakit yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan keprihatinan pihak BAIDURI mengunjungi mereka.
Choong Poi Foun, 43, yang menerima rawatan akibat dari kemalangan jalan raya baru-baru ini berkata, kunjungan itu sedikit sebanyak mengembirakan dirinya dan pesakit lain.
"Seronok dapat jumpa ramai orang hari ini, terima kasih dengan sumbangan BAIDURI," katanya yang tidak sabar menyambut perayaan besar itu bersama kaum keluarga.
Chee Na Gu, 63, yang juga salah seorang pesakit kelihatan ceria ketika menerima sumbangan tersebut.
"Walaupun tidak dapat beraya seperti biasa di rumah, saya tetap ada isteri sebagai peneman di sini. Terima kasih dengan lawatan dan sumbangan ini,"katanya.
Terdahulu, Saripah bersama ahli BAIDURI menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 52 orang murid Tadika Meriah Ria, disamping penyerahan buah limau kepada para penerima.


No comments:

Post a Comment