YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 9 February 2015

Dr Zambry Kecewa Projek ICC Lewat Daripada Jadual



Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang mengadakan lawatan mengejut ke tapak pembinaan Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) kecewa kerana kemajuan projek itu lewat daripada jadual.
Dr Zambry berkata, projek itu yang sepatutnya siap dalam masa terdekat, tetapi hanya 50 peratus siap setakat ini.
Menurutnya, beliau telah pun memanggil pihak yang bertanggungjawab iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan pemaju untuk mengetahui permasalahan sebenar berhubung projek tersebut.
Katanya, beliau telah pun mendapatkan maklum balas dari pihak yang terbabit dan kerajaan negeri telah mengarahkan supaya tidak ada lagi kelewatan bagi menyempurnakannya.
"Ia merupakan salah satu daripada mercu tanda daripada apa yang telah kita rancang bagi menjadikan negeri Perak sebagai pusat untuk konvensyen pameran yang bersifat kebangsaan dan antarabangsa," katanya.
Beliau berkata, demikian semasa mengadakan lawatan dan tinjauan mengejut di tapak pembinaan Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) pada Isnin.
Dr Zambry menegaskan, pembinaan itu penting dalam usaha memajukan negeri ini memandangkan ICC nanti mampu menarik minat orang ramai dari serata pelusuk negeri.
"Sepatutnya projek ini sudah hampir siap dalam beberapa bulan lagi dan harapan saya supaya ia disiapkan penghujung tahun ini, apabila siap sahaja tentunya negeri Perak akan menjadi lokasi pilihan mana-mana pihak untuk adakan program mereka
"Sebab itu saya nyatakan kita panggil pihak pemaju dan MBI untuk duduk berbincang mengenai masalah yang mereka hadapi , kita mahu masalah teknikal melibatkan kedua belah pihak diselesaikan dengan kadar segera," katanya.

No comments:

Post a Comment