YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 25 February 2014

Calon BN DUN Kajang : Kerajaan Selangor Perlu Kerjasama Pusat Tangani Krisis Air


KAJANG 25 Feb - Kerajaan negeri Selangor disaran agar bekerjasama dengan Kerajaan pusat dalam menangani krisis masalah air di negeri Selangor.

Calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, kerjasama kedua-dua pihak perlu dilakukan untuk tidak mengganggu keperluan penduduk di Selangor.

"Saya menyeru kerajaan negeri supaya berkerjasama untuk berbincang bersama kerajaan pusat supaya masalah kekurangan air dapat diatasi dengan secepat mungkin. Kita mesti perlu ada kerjasama negeri (Selangor) dan kerajaan pusat.

"Jika kita mengambil satu pendekatan untuk tidak berkerjasama, akhirnya yang terjejas adalah rakyat Selangor sendiri. Sebenarnya krisis tersebut dapat dielakkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Hospital Kajang di sini, hari ini.
 
Rakyat News

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim berkata catuan air di Selangor akan bermula pada hari ini.

Jelasnya, catuan air tersebut bermaksud bekalan air akan disediakan untuk dua hari dan dua hari lagi tanpa air.

"Dengan cara ini, paip air tidak akan kering selama beberapa hari lagi.

"Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir," katanya

Kerajaan Selangor akan memulakan program pencatuan air di seluruh kawasan di negeri itu, mulai esok.

Antara kawasan yang terjejas termasuk di Bukit Tampoi, Batu 11 dan Cheras

No comments:

Post a Comment