YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Saturday 15 February 2014

Teresa Umpama 'Jauh Menyalak Kuat, Dekat Mencawat Ekor' - Aktivis Cina




SUBANG JAYA 15 Feb - Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dilihat tidak dapat membezakan keutamaannya sebagai wakil rakyat berikutan menghabiskan masanya mengkritik kerajaan pusat dengan terbitan video 'Onederful Malaysia' berbanding membantu golongan yang memerlukan di kawasan jajahannya.
 
Aktivis Sukarelawan, Alex Lee Ket Woon berkata Teresa yang juga merupakan ahli DAP kerap memberikan alasan tidak kukuh untuk mengelak daripada menolong rakyat di Parlimennya khususnya golongan pekerjasosial.
 
"Mereka (DAP) sering memberi alasan untuk tidak membantu rakyat kerana mereka bukanlah kerajaan Persekutuan.
 
"Saya hairan, bagaimana mereka kata tidak mampu untuk membantu rakyat tetapi mempunyai bajet untuk menghasilkan video (Onederful Malaysia)," katanya kepada Rakyat News selepas sidang media di sini, hari ini.
 
 
Rakyat News
 
 
Jelas Alex, Teresa seharusnya bertindak menyelesaikan masalah daripada banyak mengkritik seperti terbitan klip video pada Tahun Baru Cina bulan lepas.
 
"Mereka boleh disifatkan seperti pepatah 'Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor'.
 
"Dalam video ini dapat digambarkan seperti mereka berani bercakap besar di belakang tetapi sebenarnya mereka takut jika berhadapan (masalah)," tegasnya.
 
 
alt
 
 
Katanya lagi, penerbitan video tersebut turut disifatkan sebagai tindakan yang tidak sihat dengan secara terang-terangan menghina pemimpin serta isu-isu berkaitan keselamatan negara.
 
Sebelum ini, salah seorang pemegang watak dalam klip video tersebut mendakwa melakonkan semula karakter 'Mrs. Jit' dari Hong Kong bukannya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
 
Ujar Alex, tiada seorang pun pelakon terkenal dari Hong Kong dikenali sebagai Mrs Jit sepertimana yang didakwa oleh pelakon tersebut.
 
 
Rakyat News
 
 
Kali ini dia (Teresa) memburukkan imej Datin Seri Rosmah tetapi dia tidak mengaku," ujarnya.
 
Beliau kemudiannya menjelaskan, dakwaan DAP yang mengatakan mereka sering membantu rakyat adalah tidak benar berikutan perkara tersebut tidak pernah berlaku sama sekali.
 
"Mereka perlu menunaikan janji untuk membantu rakyat sepertimana yang diucapkan dalam majlis keramian namun kenyataannya kita jarang nampak ianya berlaku.
 
"Saya selalu membantu pesakit yang miskin, kebanyakannya daripada Kepong dan Selayang, setiap pesakit ada wakil rakyat masing-masing tetapi kenapa pesakit tidak mahu mintak tolong dari Ahli Parlimen mereka," ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment