YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 7 February 2014

Ceramah Anwar hambar




KUALA LUMPUR 7 Feb. - Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Koperasi Cuepacs, Kajang dekat sini malam tadi hambar apabila hanya dihadiri kira-kira 300 orang.
Keadaan itu dilihat satu tamparan besar kepada Anwar yang juga calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana dia sebelum ini dilabel sebagai pemimpin bertaraf dunia oleh para penyokongnya.
Ketibaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada pukul 10.50 malam juga sekadar menerima tepukan ‘lemah’ daripada orang ramai.
Ceramah beliau mengulangi isu-isu berhubung kenaikan harga barang dan tohmahan terhadap UMNO serta Barisan Nasional (BN) yang menyebabkan beberapa penduduk mengeluh bosan dan meninggalkan majlis.

No comments:

Post a Comment