YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 10 February 2014

Pengundi Kajang : Anwar Umpama Lembu Masuk Kandang Kerbau


Rakyat News

KAJANG 10 Feb - Rata-rata penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  Kajang melahirkan kekesalan selepas mengetahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dicalonkan mewakili PKR pada Piliharanraya Kecil (PRK) kawasan tersebut.

Suri rumah, Salabiah Simat, 37, berkata, pemilihan ketua pembangkang itu sebagai calon di situ disifatkan tidak bersesuaian kerana baginya masih ramai lagi pemimpin yang benar-benar berasal dari Kajang berhak menjadi calon.

Rakyat News

"Kenapa dia (Anwar) dipilih? sudah tidak ada lagi calon yang lebih sesuai yang berasal dari kawasan Kajangini.

"Ataupun sekurang-kurang mengapa tidak pilih sahaja calon yang benar-benar berasal dari Selangor, umum mengetahui Anwar Ibrahim berasal dari Permatang Pauh," katanya kepada RakyatNews di Sungai Kantan di sini hari ini.

Sementara itu, bagi seorang pemandu teksi, Ahmad Fauzi Sharif, 56, kredibiliti Anwar sebagai seorang pemimpin politik perlu dipersoal kerana beliau pernah mengkhianati kerajaan suatu ketika dulu selain niat sebenar beliau ingin bertanding di Kajang.

Rakyat News

"Terus-terang saya katakan saya memang tidak suka Anwar Ibrahim menjadi calon di sini sebab kita tidak tahu apa dalam fikiran dia dan kita risau perkara buruk berlaku kepada penduduk di Kajang.

"Saya anggap dia ni sebagai 'api di dalam sekam' kerana sebelum ini beliau pernah berkhidmat bersama kerajaan tetapi kenapa sekarang beliau orang utama yang menentang kerajaan, apa yang dia mahu sebenarnya," ujarnya.

Bagi kakitangan kerajaan,Mad Yusof Mad Yunos, 60, beliau menyifatkan pencalonan Anwar sebagai calon hanya bersifat strategi bagi menangani masalah dalaman parti.

Katanya, Anwar sepatutnya sedar yang beliau bukan berasal dari Kajang dan tidak seharusnya menjadikan rakyat di Kajang sebagai mangsa permainan politik beliau.

Rakyat News

"Saya mengikuti perkembangan semasa dan apa yang saya nampak pencalonan ini hanya sekadar strategi pembangkang yang dirangka oleh Anwar Ibrahim sendiri.

"Beliau patut sedar dan apa yang boleh saya definisikan sebagai 'seperti lembu masuk ke kandang kerbau',"katanya.

PRK DUN Kajang diadakan susulan perletakan jawatan penyandang sebelumnya, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi berkenaan.
 
Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) Mei lalu, Lee memenangi tersebut dengan majoriti 6,824 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.

No comments:

Post a Comment