YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 12 February 2014

Anwar Cari Helah Tangguh Kes Liwat II - Tun Mahathir



KUALA LUMPUR 12 Feb - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah disifatkan sebagai usaha untuk menangguhkan perbicaraan rayuan Kes Liwat II.
 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Anwar akan sengaja mencari pelbagai alasan untuk memanjangkan perbicaraan kes itu kerana beliau sedar beliau akan tewas dalam rayuan tersebut.
 
"Sebenarnya Anwar hanya ingin melewat-lewatkan kes perbicaraan rayuan kes liwat dan sengaja membawa usul untuk menggugurkan Shafee Abdullah sebagai ketua pasukan pendakwa sebagai alasan.
 
"Beliau takut untuk dibicarakan kerana beliau tahu dia bersalah dan mahkamah akan menjatuhkan hukuman setimpal ke atasnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar dan Forum Buku Perdana di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.
 
Mahathir menjelaskan,Anwar dilihat sengaja mencari pelbagai cara bagi menyingkirkan Shafee kerana kredibiliti peguam itu dalam membuktikan kesalahan yang telah beliau lakukan.
 
"Memang dia patut takut dengan Shafee kerana beliau adalah seorang peguam yang berjaya menyelesaikan pelbagai kes yang rumit.
 
"Dan dengan itu saya memang merasakan Anwar mempunyai perasaan gentar dengan Shafee sebagai ketua pasukan pendakwa," katanya.
 
Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam menolak permohonan rayuan kali kedua Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya.
 
Sehubungan itu prosiding mahkamah akan diteruskan dengan permohonan rayuan pihak pendakwaan dalam kes sama hari ini.
 
Pendakwaan itu adalah bagi membuat rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi KualaLumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

No comments:

Post a Comment