YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Saturday 8 February 2014

Insiden 13 Mei Juga Bermula Dengan Gurauan Kasar



KUALA LUMPUR 8 Feb - Rakyat perlu diingatkan bahawa perbalahan antara kaum pada 13 Mei 1969 bermula daripada gurauan kasar yang kemudiannya bertukar ganas dan meragut ratusan nyawa.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Anuar Ahmad berkata, terbitan satira Tahun Baru Cina oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok juga merupakan gurauan kasar yan g boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif terhadap keharmonian kaum.

"Laungan-laungan mengejek, menghina dan memaki hamun oleh satu kaum kepada kaum yang lain adalah punca berlakunya tragedi tersebut.
alt
"Bila sudah berlaku, kita tidak boleh berpatah balik, menyesal tidak berguna apatah lagi untuk menafikan tragedi itu pernah berlaku. Ia pasti kekal sebagai satu sejarah hitam hubungan kaum di negara ini," katanya menerusi kenyataan kepada media, semalam.

Jelasnya, perkara sindir menyindir antara kaum harus dielakkan kerana keharmonian yang dikecapi selama ini merupakan usaha keras berterusan oleh pelbagai pihak.

"Sesudah agak lama kita berusaha bversungguh sungguh mendepankan usaha mengeratkan hubungan kaum negara ini.

"Jika tidak diuruskan dengan baik dan teliti, kita pasti akan meratapi sejarah hitam ini untuk sekian kalinya," katanya.

Tambahnya, kemarahan ini semakin meluap apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sengaja dipertandingkan kembali pada Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas penyandangnya meletakkan jawatan dengan sengaja selepas mendapat mandat rakyat pada Pilhan Raya Umum ke-13 lalu.
alt
"Kepanasan ini pasti berganda khususnya apabila Kajang akan mula berdepan dengan satu lagi pilihan raya yang sengaja berlaku.

"Jika dulu, kematian, bankrap atau hukuman jenayah menyebabkan seseorang ADUN terlucut jawatan sebagai wakil rakyat, kes Kajang adalah akibat permainan politik dalam sistem pilihan raya," tegasnya lagi.

No comments:

Post a Comment