YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Thursday 13 February 2014

Serangan Lahad Datu : Pengkhianat Negara Wajib Dihukum


KOTA KINABALU -  Petualang dan pengkhianat negara wajib dihukum atas perbuatan mereka menggadaikan kedaulatan negara sehingga menyebabkan seramai 10 wira negara terkorban. Berikutan kejadian tragedi berdarah kumpulan pengganas Kiram terhadap pasukan keselamatan di Kampung Simunul, Semporna dan Tanduo, Lahad Datu, Sabah, setahun lalu.
 
Kezaliman pengganas itu adalah dahsyat sehingga langsung tidak terfikir oleh akal waras. Kekejaman tanpa langsung ada perasaan perikemanusiaan inilah yang dilakukan kumpulan pengganas Kiram terhadap wira negara Malaysia.
 
Dalam kejadian 1 Mac tahun lalu di Kampung Tanduo, dua anggota pasukan komando VAT 69, Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, ditembak di kepala oleh penembak tepat semasa melakukan rondaan keselamatan.
 
Pasukan keselamatan dibunuh dengan penuh tipu muslihat melalui serangan gerila. Malah mereka amat ganas dan kejam sehingga sanggup memperlakukan sesuka hati kezaliman terhadap tubuh anggota keselamatan yang dibunuh dan semasa mereka masih nazak, seperti yang berlaku di Simunul, Sabah.
 
Selepas mereka ditawan, kepala wira negara dipenggal. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga anggota pasukan keselamatan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dada dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.
 
insiden_lahad_datu
 
Malah, badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan, kemudian dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua-dua biji mata dicungkil menggunakan senjata tajam.
 
Terdapat juga yang tangannya ditetak sehingga kudung dan kepala dikelar menggunakan kerambit. Apa gelaran selayaknya bagi pengganas yang langsung tidak berperikemanusiaan ini?
 
Seorang wira negara yang terselamat dalam tragedi Simunul itu, Inspektor Mohamad Hasnal Jamil, kepalanya ditetak, perut dan tangan kiri ditembusi tiga das tembakan; tapak tangan kanan putus, tulang atas pergelangan tangan kanan serta jari telunjuk kiri tersembur ditakik dengan kapak.

No comments:

Post a Comment