YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 17 February 2014

MCA Ikrar Kuburkan Anwar di Kajang


KAJANG 17 Feb - MCA berikrar akan menumpaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menjadi dalang berlakunya satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Presiden MCA, Liow Tiong Lai berkata, tindakan Anwar ini merupakan telah memanipulasi sistem demokrasi yang diamalkan sistem politik di negara ini.

“Oleh kerana dia gali lubang, kami akan tutup (lubang itu), kami akan kebumikan dia.

“Dia (manipulasi) demokrasi dan cipta pilihan raya kecil, kita tidak boleh biarkan dia dalam kes ini," katanya dalam ucapan ketika melancarkan pusat operasi MCA di Sungai Chua semalam.

Sementara itu, beliau menjelaskan, MCA akan membuka sembilan pusat operasi dengan memilih SungaiChua sebagai pusat operasi utama.

Katanya, setiap pusat operasi itu akan diwakili pimpinan pusat MCA.

Untuk rekod, hari penamaan calon bagi PRK DUN Kajang bakal berlangsung pada 11 Mac diikuti hari mengundi pada 23 Mac ini.

No comments:

Post a Comment