YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 21 February 2014

Kassim Ahmad Dinasihat Bertaubat



KUALA LUMPUR 20 Feb - Bekas aktivis politik, Kassim Ahmad dan umat Islam yang bersetuju dengan ucapannya dalam Seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lalu diminta bertaubat kerana jelas ia bercanggah dengan ajaran Islam.
 
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ucapan Kassim yang bertajuk "Halatuju Negara untuk Tiga Puluh Tahun Akan Datang" itu mengandungi pemikiran yang boleh merosakkan akidah dan membawa kepada murtad.
 
"Asasnya beliau bukan orang yang berkeahlian dalam membicarakan ayat-ayat hukum di dalam Al-Quran kerana sangat kurang ilmu asas bahasa Arab dan ilmu usul Fiqh yang merupakan mekanisme penting dalam menginstinbat hukum, sebaliknya beliau hanya menggunakan ilmu logik dan ilmu bahasa yang mudah sifatnya," katanya kepada pemberita.
 
Kassim dalan sesi seminarnya mempertikaikan dua kalimah syahadah sebagai mendewa-dewakan NabiMuhammad SAW, selain mempersolakan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekehkan wanita berhijab.
 
Tambah Harussani,  mempertikaikan dua kalimah syahadah adalah perkara yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam kerana ini bertentangan dengan hadis Nabi serta mempertikaikan Nabi Muhammad sebagai Pesuruh Allah juga bertentangan dengan ajaran Allah dalam Al-Quran - ayat 29 surah al-Fath.
 
"Dalam ucapannya juga (Kassim) menafikan hadis sebagai satu sumber pensyariatan. Ini secara langsung menafikan kerasulan dan kenabian Nabi Muhammad kerana baginda tidak memperkatakan sesuatu mengenai agama Islam mengikut kemahuan dan pendapatnya sendiri, semua itu...adalah wahyu yang disampaikan oleh Allah melalui malaikat Jibril," katanya.
 
Harussani berkata mempertikai selawat ke atas Nabi juga bertentangan dengan firman Allah dalam ayat 56, surah Al-Ahzab.

No comments:

Post a Comment