YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Saturday 8 February 2014

Sepahtu Muncul Juara Maharaja Lawak Mega 2013


Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) menutup tirai malam tadi dengan kemenangan Kumpulan Sepahtu sebagai Juara menewaskan empat peserta lain.

Sepahtu yang dianggotai Jep, Shuib dan Rahim berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Kumpulan Shiro telah memenangan Naib Juara sekaligus menerima wang tunai RM250,000 beserta trofi.

Tempat ketiga pula dimenangi kumpulan Bocey dengan ganjaran wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.
 
Maharaja Lawak Mega

Kumpulan Jambu menduduki tempat keempat membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Satu-satunya peserta solo MLM 2013, Nabil Ahmad yang menduduki tempat kelima menerima wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu turut mengekalkan empat juri tetap iaitu Datuk Yusof Haslam, Luna MayaSheikh Haikal dan Nora Danish.

Program realiti yang mencapai lebih 1 juta penonton di Malaysia itu telah berlangsung di  berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam

Ianya turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna (132), Mustika HD (134) dan radio SinarFM.Foto - Fan Page Sepahtu

No comments:

Post a Comment