YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 10 February 2014

Ketua Wanita PKR : PRK Kajang Menyusahkan Rakyat


KUALA LUMPUR 11 Feb - Pakatan Rakyat (PR) akan mengalami penurunan majoriti undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang berbading Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berikutan penganjurannya menyusahkan rakyat.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin berkata, walaupun Anwar nampak berada dalam kedudukan baik, tetapi beliau mungkin mengalami penurunan majoriti undi.

"Anwar ialah pemimpin nombor satu dan menetapkan sasaran supaya undi majoritinya mencecah 10,000.

"Pandangannya adalah silap. Jangan lupa PRK Kajang adalah sesuatu yang disengajakan, ia menyusahan rakyat demi menyelesaikan masalah parti," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, PKR akan malu sekiranya berlaku penurunan majoriti undi lebih-lebih lagi ianya ditandingi oleh pemimpin nombor satu PR.

"Andaikan Anwar mendapat sokongan Cina tetapi Melayu tidak menyokong, beliau tetap akan kecundang," ujarnya.

Tambah beliau, hasratnya untuk menjadi Menteri besar sekiranya menang pada PRK tersebut juga sia-sia sekiranya tidak mendapat mandat dari Sultan Selangor.

"Jika saya ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tetap tidak dapat membuat membuat keputusan antara Anwar dan MCA, maka saya akan membuang undi rosak. Jumlah undi rosak yang tinggi mungkin memberi amaran kepada calon.

" Gabungan Bersih sendiri telah mempertikaikan PRK Kajang dan berpendapat Anwar harus memberi penjelasan kepada rakyat," katanya lagi.

PRK Kajang akan berlangsung pada 23 Mac ini dimana 48.5 peratus pengundi terdiri daripada pengundi Melayu, 40.44 peratus pengundi Cina dan masing-masing 10.15 dan 0.91 peratus terdiri dari bangsa Indiadan lain-lain kaum.

Bekas penyandang ADUN Kajang Lee Chin Cheh memenangi kerusi tersebut pada PRU13 dengan 19,571 undi, 6,824 undi lebih tinggi berbanding calon Barisan Nasional (BN) dan empat calon bebas.

No comments:

Post a Comment