YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 5 February 2014

Keluar parti: Speaker DUN Perak bidas penyebar surat palsu






IPOH 5 Feb. - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S.K. Devamany hari ini membidas tindakan pihak yang cuba mencetuskan situasi ’huru-hara’ dengan menghantar surat palsu ke pejabatnya kononnya daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai mencabar kemuliaan Dewan Undangan Negeri dan sistem demokrasi yang selama ini didukung rakyat.
"Tindakan itu mencabar kemuliaan Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya tidak boleh dipermainkan. Badan Eksekutif, Kehakiman dan Dewan Undangan Negeri merupakan tiga elemen kerajaan yang penting, tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas mencabar sistem demokrasi yang kita dukung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, ADUN Hutan Melintang daripada PKR, S.Kesavan menafikan beliau keluar parti itu seperti yang didakwa melalui sepucuk surat yang dialamatkan kepada Speaker DUN Perak.
Menurut surat yang kononnya ditandatangani Kesavan, tindakan itu dilakukan selepas hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti berkenaan. -

No comments:

Post a Comment