YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 1 April 2015

Projek Jalan Susur Jambatan Kuala Kurau Bermula Oktober


Projek pembinaan jalan susur keluar jambatan Kuala Kurau yang merentasi Kampung Parit Mat Ali dan Kampung Tok Ngah yang dicadangkan sejak 10 tahun lalu dijangka bermula Oktober 2015.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, projek itu dijangka ditender pada Ogos tahun ini dengan tempoh pembinaan 12 bulan.
Menurut beliau, kajian semula reka bentuk sedia ada sedang dilaksanakan bagi menyesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa projek.
"Pengambilan balik tanah sedang diuruskan oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kerian. Bagaimanapun, kebanyakan jajaran jalan yang hendak dibina terletak di atas tanah kerajaan," katanya ketika menjawab soalan Abdul Yunus Jamahri (PKR – Kuala Kurau) dalam Sidang DUN pada Isnin.
Beliau memberitahu, jajaran jalan sepanjang satu kilometer itu melibatkan 16 lot perindustrian dan 10 buah bangunan.
Menjawab soalan tambahan Datuk Sham Mat Sahat (BN – Alor Pongsu) mengenai perkampungan tersusun kira-kira lima ekar untuk penempatan penduduk yang terlibat dengan jajaran projek itu, pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada agensi-agensi yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment