YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 4 March 2015

Melayu Tidak Semestinya Terima Kontrak Kerajaan - Najib



 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan orang Melayu tidak semestinya mendapat kontrak kerajaan hanya disebabkan mereka kaum majoriti di negara ini.
Najib berkata, hanya orang Melayu yang mempunyai kebolehan dan merit sahaja yang akan berjaya.
“Kita tidak mahu semata-mata kita Melayu kita mesti dapat kontrak dari kerajaan. Kita tidak mahu orang Melayu diperlekehkan dan dihina.
“Kita hendak orang melihat orang Melayu sebagai bangsa yang disegani, dihormati dan bermaruah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam tadi.
Dalam ucapannya juga Najib turut menggariskan tujuh amanat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju pada abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat dan bermaruah.
Amanat tersebut termasuk keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.
Amanat lain yang ditekankan Perdana Menteri malam ini menyentuh keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; 
mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga.

No comments:

Post a Comment