YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 8 May 2015

Sultan Perak Berkenan Menziarahi makam Raja Bendahara Alang Iskandar (Almarhum Teja)



KAMPAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat meneruskam istiadat pertabalan dengan menziarahi makan makam Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) petang tadi di sini.
Baginda terdahulu berkenan berangkat bagi menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh sebentar lagi dan tiba di makam tersebut sekitar jam 4 petang tadi.11059999_855817791134818_5500533338332526659_n[1]
Almarhum Teja turut dikenali juga sebagai Raja Alang Iskandar merupakan putera kepada Raja kechil Tengah Ahmad Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah.
PERAKTODAY1

Raja Alang Iskandar dilantik menjadi Bendahara Perak sewaktu Baginda Raja Ngah Jaafar di tabal menjadi sultan Ja’far Muazzam Shah sekitar tahun 1857 sehingga 1865.
Baginda telah bersemayam di Kuala Keboi, Kampar dan mangkat di Kuala Teja, Kota Bharu Gopeng.
PERAKTODAY3
Menurut riwayat, baginda telah dilantik menjadi Bendahara Perak oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah 1, Sultan Perak yang ke-22 berkerajaan di Durian Sebatang Teluk Intan.
Makam Almarhum Teja terletak di Kuala Teja, Mukim Gopeng kira-kira tiga kilometer menghala ke selatan Pekan kecil Kota Bahru.
PERAKTODAY4

No comments:

Post a Comment