YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Saturday 2 May 2015

Perak Jadi Pilihan Industri Aero Angkasa



Perak telah dikenalpasti untuk dijadikan hab pengeluaran produk aerostruktur bagi pasaran Asia Tenggara, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah mencadangkan negeri Perak sebagai lokasi utama kepada syarikat pengeluar yang berminat membuka industri itu di Malaysia.
Katanya perbincangan serius mengenai perkara itu sedang dibuat bersama MIDA dan syarikat pengeluar-pengeluar utama dunia dalam industri aeroangkasa itu.
“Perbincangan itu telah membuahkan beberapa hasil yang baik. Pengeluar utama itu juga telah menujukkan minat untuk melabur di sini bagi satu tempoh jangka masa panjang.
“Setakat ini kita telah kenal pasti satu kawasan seluas 200 ekar tidak jauh dari Ipoh untuk dijadikan hab industri baharu itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Ipoh pada Rabu.
Menurut beliau, produk aerostruktur merupakan salah satu daripada industri aeroangkasa bagi pembuatan struktur dan komponen berkaitan bidang penerbangan.
Jelas beliau, inisiatif untuk mewujudkan hab itu dibuat bagi menjayakan agenda yang termaktub di dalam pelan pembangunan negara mengenai bidang aeroangkasa.
Justeru itu, beliau berharap kerajaan persekutuan dapat membantu kerajaan negeri dalam memastikan pelaksanaan hab itu dapat disegerakan.
“Dimaklumkan terdapat beberapa negara luar turut menjadi pesaing untuk menarik minat syarikat pengeluar ini. Maka kita perlu bergerak pantas dan cepat bagi merebut peluang ini.
“Perak serta Malaysia secara amnya perlu berusaha untuk mencari lebih ramai pemain serta pengeluar industri ini untuk datang melabur,” jelasnya.
Tambah beliau lagi, satu pengumuman rasmi dan terperinci akan dibuat mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment